Harian Metro

Heret ke mahkamah

- Hairulazim Mahmud azim@hmetro.com.my

 PERKESO serius dakwa lebih ramai penipu tuntutan faedah berbanding 159 kes tahun lalu

Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) yakin lebih ramai penipu tuntutan faedah agensi itu akan didakwa di mahkamah sepanjang tahun ini, kata Ketua Eksekutifn­ya, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius pemalsuan tuntutan faedah PERKESO yang dibuat pencarum atau pihak lain kerana ia adalah penganiaya­an kepada pencarum lain khususnya mereka yang berhak menerima faedah dan kemudahan disediakan.

Sehubungan itu, katanya, tahun ini PERKESO akan lebih agresif membantera­s aktiviti penipuan dan bekerjasam­a rapat dengan Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat semua kes penipuan demi menghapusk­an kegiatan itu.

“Pada 2018, ada 159 kes disyaki membabitka­n pelbagai bentuk penipuan dengan 100 kes selesai disiasat dan ditutup, enam kes masih dalam siasatan dan 53 adalah kes baharu,” katanya di sini, semalam.

Kes terbaru, penipuan membabitka­n seorang bekas pemandu bas Rapid Penang membuat pernyataan palsu bagi menuntut faedah daripada PERKESO Pulau Pinang.

Menurut fakta kes, pada 24 Januari lalu, Mohd Pauzi Hamsin yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Georgetown didenda RM2,000 atau dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda.

Dia didakwa mengikut Seksyen 93 Akta Keselamata­n Sosial Pekerja 1969 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Mohammed Azman mengingatk­an orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan atau pernah dipergunak­an orang tengah untuk menuntut faedah PERKESO supaya tampil memberi maklumat.

Katanya, ia bagi membolehka­n kegiatan penipuan itu dibanteras dan pelaku jenayah dikenakan tindakan undang-undang.

“Sekali lagi, PERKESO menegaskan bahawa perkhidmat­an kami percuma dan tidak perlu menggunaka­n pihak lain atau orang tengah mendapatka­n sebarang perkhidmat­an atau membuat tuntutan,” katanya.

 ??  ?? DR Mohammed Azman
DR Mohammed Azman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia