Harian Metro

Anugerah UNESCO bukti komitmen dalam pendidikan

-

Pengumuman Petaling Jaya sebagai antara 10 bandar yang menerima Anugerah Bandar Pembelajar­an Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) 2019 menjadi bukti komitmen kerajaan Selangor dalam bidang pendidikan.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dalam satu kenyataan berkata, komitmen itu juga termasuk dalam bidang teknikal dan vokasional.

“Kerajaan Selangor mengucapka­n tahniah dan syabas kepada semua pihak terbabit khususnya Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling atas kejayaan ini.

“Penghormat­an ini adalah bukti komitmen kerajaan negeri terhadap bidang pendidikan termasuk bidang teknikal dan vokasional dalam mencorak masa depan anak-anak Selangor.

“Semoga anugerah ini akan menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih cemerlang,” katanya.

Akhbar semalam melaporkan Petaling Jaya dinobat antara 10 bandar di dunia yang menerima Anugerah Bandar Pembelajar­an UNESCO 2019.

Ia susulan pencapaian dan kemajuan yang ditempa dalam sektor pendidikan.

Selain Petaling Jaya, sembilan bandar lain yang diberi anugerah sama ialah Aswan (Mesir), Chengdu (China), Heraklion (Greece), Ibadan (Nigeria), Medellin (Colombia), Melitopol (Ukraine), Santiago (Mexico), Seodaemun (Korea Selatan) dan Sonderborg (Denmark).

Pemenang anugerah berkenaan dipilih mengikut kriteria tertentu, bersandark­an penilaian juri daripada Institut Pembelajar­an Sepanjang Hayat UNESCO (UIL) iaitu inisiatif inovasi dan dasar khusus, selain pelbagai program yang menyediaka­n rangkaian peluang demi manfaat komuniti setempat.

 ??  ?? AMIRUDIN
AMIRUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia