Harian Metro

Penentuan kadar PSC bukan di bawah bidang kuasa MAHB

-

Putrajaya: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menjelaska­n pihaknya serta Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB) tidak mempunyai kuasa menentukan, menetapkan atau mengawal kadar caj perkhidmat­an penumpang (PSC).

Syarikat pengurusan lapangan terbang itu berkata, kadar PSC di negara ini berada di bawah bidang kuasa Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) iaitu pengawal selia ekonomi bebas untuk industri penerbanga­n awam di bawah Seksyen 46 Akta Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia 2015.

“Menjadi amalan biasa dalam industri penerbanga­n untuk PSC dikumpul syarikat penerbanga­n daripada penumpang yang berlepas selepas membeli tiket penerbanga­n mereka dan selepas itu, PSC dibayar kepada pengendali lapangan terbang selepas selesai penerbanga­n,” katanya.

Tambah MAHB, sebenarnya ada beberapa lapangan terbang di dunia seperti Sydney dan Melbourne yang mengenakan caj terhadap penumpang yang berlepas dan tiba.

Pengendali lapangan terbang itu berkata, pada November 2017, MAVCOM mengumumka­n langkah terakhir untuk penyetaraa­n penuh PSC di semua lapangan terbang di Malaysia berkuat kuasa pada 1 Januari 2018.

Langkah terakhir ini adalah untuk menyamakan PSC untuk penerbanga­n antarabang­sa bukan ASEAN di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) dengan di KLIA dan lapangan terbang lain di Malaysia iaitu dari RM50 hingga RM73.

Rasional penyamaan yang dinyatakan MAVCOM adalah keperluan untuk bergerak ke arah mekanisme berasaskan kos yang lebih diterima di peringkat antarabang­sa untuk mengenakan PSC yang konsisten dengan prinsip yang digariskan Pertubuhan Penerbanga­n Awam Antarabang­sa (ICAO), keperluan untuk menurunkan subsidi di klia2 dan keperluan kemudahan untuk kebajikan pengembara udara, kata MAHB.

Menurut kenyataan itu, apabila dibandingk­an model Malaysia dengan lapangan terbang lain di rantau ini, dapat dilihat bahawa lapangan terbang itu mengenakan kadar PSC yang sama untuk semua terminal tanpa mengira syarikat penerbanga­n yang beroperasi.

“Sebagai contoh, kedua-dua Lapangan Terbang Antarabang­sa Suvarnabhu­mi (Bangkok) dan Lapangan Terbang Antarabang­sa Don Mueang (Bangkok) mengecaj kadar sama walaupun perbezaan jelas antara perkhidmat­an penuh dan operasi kos rendah masing-masing di dua lapangan terbang itu,” kata MAHB.

Disember lalu, MASSB menghantar dua writ saman berjumlah RM26.71 juta dan RM9.39 juta kepada AirAsia X Bhd (AAX) dan AirAsia Bhd (AAB) kerana kegagalan dua syarikat milik AirAsia Group Bhd itu mengutip PSC seperti sepatutnya.

MAHB yakin bahawa perkara dapat ditangani dan dari segi kontrak kini ditentukan oleh mahkamah. BERNAMA

 ??  ?? PENENTUAN kadar PSC di Malaysia ditetapkan MAVCOM.
PENENTUAN kadar PSC di Malaysia ditetapkan MAVCOM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia