Harian Metro

Dua penyelidik UMP temui cara atasi isu lampu jalan rosak KELAS DALAM HUTAN

- Mohamad_hussin@hmetro.com.my

Pekan: Gabungan penyelidik dari Malaysia dan Jepun berjaya menghasilk­an sistem lampu diod pemancar cahaya (LED) bercekapan tinggi yang antaranya mampu membantu mengatasi masalah kerosakan lampu jalan menyebabka­n kerugian kepada kerajaan.

Inovasi berkenaan dibangunka­n dua penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP), Hisaji Noda yang berasal dari Fukuoka, Jepun dan Muhammad Ikram Mohd Rashid yang melakukan penyelidik­an sejak 2010.

Noda berkata, mereka mendapat idea menghasilk­an inovasi itu kerana kebanyakan sistem LED di pasaran termasuk digunakan sebagai lampu jalan raya mempunyai masalah daripada segi haba iaitu cepat panas menyebabka­nnya tidak tahan lama.

Katanya, ujian dilakukan mendapati sistem LED dihasilkan mereka mampu bertahan sehingga 16 jam tanpa panas berbanding produk sama dijual di pasaran iaitu sekitar tiga ke lima jam sahaja yang lama-kelamaan menyebabka­nnya rosak.

“Ia sekali gus menjimatka­n pengguna kerana tidak perlu membeli banyak lampu selain lampunya lebih terang dan selamat digunakan kerana boleh dipegang berikutan tidak mengeluark­an haba tinggi.

“Buat masa ini kami hanya mengeluark­an model lebih kecil yang akan dijual pada harga RM250 di mana pembeli mendapat dua lampu

LED serta seunit power bank.

“Ia sesuai digunakan di pasar malam atau bagi pengembara yang minat melakukan aktiviti di hutan pada waktu malam kerana ringan serta mudah dibawa,” katanya ketika ditemui di Fakulti Kejurutera­an Elektrikal dan Elektronik di UMP Kampus Pekan di sini, baru-baru ini.

Katanya, pihaknya kini dalam proses membangunk­an sistem LED untuk kegunaan lampu jalan raya, rumah dan sebagai lampu hiasan yang akan memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruha­nnya.

“Masalah kerosakan lampu jalan raya berlaku kerana habanya tinggi apabila penggunaan terlalu lama boleh diatasi menerusi sistem LED kami hasilkan ini.

“Ia sudah diuji di kampus UMP Pekan dan didapati bertahan sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Kajang

Teknik mengajar kelas dalam hutan atau lebih efisien berbanding dalam kelas kerana anak-anak Orang Asli terutama yang keciciran lebih mudah memahami teknik pembelajar­an.

Presiden Kelab Sukarelawa­n Celik (CVC) Dr Muhammad Heikal Ismail,

34, berkata, hasil kajian yang dijalankan sepanjang tempoh pembelajar­an dalam kelas mendapati mereka sukar menerima berbanding kelas di dalam hutan.

“Sepanjang saya mengajar dalam kelas sejak Mac tahun lalu, mereka sukar untuk memahami dan menulis dalam buku abjad atau nombor, tetapi apabila saya mengubah cara pembelajar­an dalam hutan dan menggunaka­n tumbuh-tumbuhan, daun dan ranting kayu, mereka cepat membina abjad dan nombor.

“Saya menggunaka­n teknik pembelajar­an secara iaitu Sains, Teknologi, Membaca, Kejurutera­an, Kemahiran dan Matematik.

“Kelas dalam hutan satu konsep pengajaran asas ABC yang diadakan di luar bilik darjah iaitu di dalam hutan.

“Kaedah ini dijalankan untuk anak-anak keciciran Orang Asli.

“Berdasarka­n sebulan pelaksanaa­n kelas dalam hutan ini, penerimaan anak-anak Orang Asli begitu positif dan mereka menunjukka­n peningkata­n yang sungguh memberangs­angkan,” katanya yang ditemui di Perkampung­an Orang Asli Kachau Luar, Semenyih, dekat sini, semalam.

Dr Muhammad Heikal yang juga pensyarah Kejurutera­an Kimia di Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, idea untuk mendidik anak-anak Orang Asli ini selepas beliau menamatkan pengajian di peringkat ijazah doktor falsafah (PhD).

“Saya berasa terpanggil untuk membantu anak-anak

 Teknik pembelajar­an luar bilik darjah pikat anak Orang Asli keciciran

Orang Asli yang masih lagi keciciran dalam pelajaran berbanding murid di luar sana.

“Saya mengambil inisiatif

 ?? Dr Muhammad Heikal Ismail ?? Ada anak-anak ini yang tidak pandai menulis dan membaca sebelum ini, sudah mula menunjukka­n peningkata­n mengenal abjad dan nombor”
Dr Muhammad Heikal Ismail Ada anak-anak ini yang tidak pandai menulis dan membaca sebelum ini, sudah mula menunjukka­n peningkata­n mengenal abjad dan nombor”
 ??  ?? NODA (kanan) dan Muhammad Ikram menunjukka­n hasil kajian mereka.
NODA (kanan) dan Muhammad Ikram menunjukka­n hasil kajian mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia