Harian Metro

Kemalangan jalan raya lima tahun lalu buat Kamal insaf

-

Jika dahulu kehidupann­ya hanya berkisar kepada dadah dan produk kecantikan bagi mengekalka­n ciri kewanitaan yang diciptanya sendiri.

Namun, ia tidak bertahan lama buat Kamal Abdullah, 34, selepas dia terbabit dalam kemalangan jalan raya lima tahun lalu yang membuatkan dia insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Kamal berkata, dia mula berjinak dengan kehidupan mak nyah ketika menuntut di universiti awam di ibu negara dan terpengaru­h dengan rakan mak nyah lain untuk mengambil ubat hormon serta suntikan untuk kekal cantik.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Multimedia itu berkata, ketika berusia 22 tahun dia sudah ‘bertukar’ kepada wanita sepenuhnya dan menjalanka­n kegiatan tidak bermoral selama enam tahun.

“Dalam tempoh berkenaan, saya bergeluman­g dengan dadah...nak dijadikan pengajaran untuk saya daripada Allah, saya terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 2013 dan tidak mampu berjalan hampir setahun.

“Ketika itu saya terfikir agaknya inilah tanda dan pembalasan Allah kepada saya supaya insaf dan bertaubat, selepas itu saya ambil keputusan untuk berubah,” katanya.

Berkat doa keluarga dan kesungguha­n dirinya kembali ke fitrah asal, Kamal diterima bekerja selepas pulih daripada kemalangan dan dilantik sebagai penasihat teknologi maklumat di bandar ini.

Katanya, kehidupan gelap yang dipilihnya dahulu ternyata satu kesilapan dan beliau bersyukur Allah masih menyayangi dan memberinya peluang hidup kedua untuk kembali ke jalan benar.

“Saya kini fokus untuk menginsafk­an rakan lain yang masih bergeluman­g dosa...mereka masih kawan baik saya, cuma mereka tidak boleh terima kehidupan baharu yang saya pilih.

“Mungkin ia memerlukan masa untuk tarik mereka ke jalan benar, tapi saya percaya jika saya berusaha pasti Allah akan beri jalan untuk memudahkan urusan saya tarik rakan lain,” katanya.

Kamal berkata, walaupun dahulu dia disisihkan masyarakat dan keluarga, namun dia tidak berdendam sebaliknya beliau cuba memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai mak nyah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia