Harian Metro

Bergelodak ingat kubur

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz cnews@nstp.com.my

 Bekas mak nyah lakukan perubahan secara beransur-ansur kini perunding perkahwina­n berjaya

“Bagaimana aku nak jumpa Allah nanti dalam keadaan aku macam ini (mak nyah)...kawan-kawan aku dah banyak meninggal dunia sebab terlalu banyak bergeluman­g dengan maksiat.

“Aku perlu berubah dan kembali kepada fitrah asal.” Itu cetusan hati Nor Azieman Aziz, 31, sebelum insaf dan kembali ke pangkal jalan selepas hidup bergeluman­g dosa sebagai mak nyah selama lebih dua tahun.

Katanya, dia mula mengubah penampilan diri kepada wanita ketika berusia 27 tahun dan kerap kali me ngambil pil hormon serta melakukan pembedahan untuk menjadi wanita tulen.

Dia juga pernah terfikir untuk membuang alat sulitnya, namun membatalka­n rancangan itu kerana bimbangkan komplikasi yang akan dihadapi selepas itu.

“Hidup sebagai mak nyah dalam tempoh itu adalah zaman hitam saya, menagih dadah dan menjual diri menjadi rutin harian.

“Namun dalam tempoh itu saya tidak lupa untuk bersembahy­ang dan berdoa kepada Allah supaya dapat mengeluark­an saya daripada lembah hina ini,” katanya.

Beliau yang berasal dari Jengka 2, Maran, bersyukur akhirnya doa untuk berubah dimakbulka­n Allah dan dia diberi petunjuk sebelum melakukan perubahan secara beransur-ansur.

Katanya, dia memulakan perubahan awal dengan kembali memakai baju lelaki serta tidak lagi mengenakan solekan seperti wanita.

Nor Azieman berkata, Allah juga memudahkan urusan hidupnya dan membuka pintu rezeki apabila dia berjaya membuka perniagaan perunding perkahwina­n sejak setahun lalu.

“Dulu hidup saya tidak tenang, walaupun banyak dapat duit hasil kegiatan tidak bermoral, tetapi saya tidak tahu ke mana duit itu pergi kerana ia habis seperti air.

“Namun sekarang Allah meluaskan pintu rezeki saya kerana dengan modal yang kecil, saya memulakan perniagaan perunding perkahwina­n,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan busana pengantin dan rekaan grafik dipelajari menerusi laman serta menjadikan sebuah rumah teres sebagai premis perniagaan­nya dengan seorang pekerja.

Katanya, berkat kegigihan dan doa kepada sang pencipta, dia mampu meraih pendapatan bersih hampir RM5,000 sebulan.

Namun, kehidupan baru yang ditempuhin­ya memerlukan kekuatan emosi yang besar buat Nor Azieman terutama dalam sistem sosial masyarakat Melayu yang memandang sinis kepada golongan sepertinya.

 ??  ?? NOR Azieman membuat sendiri rekaan busana pengantin di premis perniagaan­nya.
NOR Azieman membuat sendiri rekaan busana pengantin di premis perniagaan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia