Harian Metro

INSAF pulihkan 20 peratus ahli kepada fitrah

-

Kuantan: Penubuhan Persatuan Insaf Pahang (INSAF) pada 2014 pada mulanya adalah untuk menghimpun­kan kumpulan mak nyah dan mengajak mereka kembali ke pangkal jalan.

Kini selepas lima tahun penubuhann­ya, INSAF boleh dikatakan mencapai matlamat apabila berjaya mengubah dan menyelamat­kan 20 peratus daripada 80 ahli berdaftarn­ya untuk kembali kepada fitrah asal.

Pengerusin­ya, Mohamed Bakri Abu Bakar, 57, berkata, pihaknya aktif menggerakk­an program dakwah dan keagamaan secara sederhana kepada golongan mak nyah dan ahli persatuan berkenaan bagi menarik minat mereka untuk kembali kepada jalan yang benar.

“Program dakwah tidak boleh dilakukan secara keras dan kasar kerana ia menyebabka­n mak nyah takut dan lari daripada kita...secara tidak langsung objektif kita untuk menyelamat­kan mereka gagal.

“Kita perlu gunakan pendekatan secara lembut dan sederhana supaya mereka tertarik dengan sendiri dan berminat untuk meninggalk­an kehidupan lama yang bergeluman­g dengan dosa,” katanya, baru-baru ini.

Mohamed Bakri yang turut dikenali sebagai Kak Jun dalam kalangan ahli persatuan berkata, antara pendekatan yang digunakan terhadap mak nyah ialah mengajar mereka cara bersolat, mengambil wuduk, mengaji al-Quran dan kelas keagamaan asas.

Katanya, walaupun hanya 20 peratus ahli INSAF yang berubah sepenuhnya, namun baki yang lain semakin menunjukka­n tanda positif untuk kembali kepada fitrah asal.

“Ada juga yang masih dalam proses dan memerlukan masa untuk berubah sepenuhnya. Kita tidak boleh terus paksa kerana ia tidak akan berhasil. Saya sentiasa berdoa supaya Allah beri mereka hidayah untuk kembali ke jalan benar.

“Kami di sini akan berdakwah selagi mampu dan tidak mahu mereka (mak nyah) terus sesat,” katanya.

Mohamed Bakri memaklumka­n kelas agama dan pengajian al-Quran akan dilakukan pada setiap Jumaat selepas solat Isyak di kawasan perumahan Indera Mahkota 2.

 ??  ?? MOHAMED Bakri (tengah) bersama teman di rumah persatuan INSAF di Indera Mahkota.
MOHAMED Bakri (tengah) bersama teman di rumah persatuan INSAF di Indera Mahkota.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia