Harian Metro

Waspada insiden di Filipina

-

Kota Kinabalu: Aspek keselamata­n di Pantai Timur Sabah dipertingk­atkan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan dua insiden serangan bom di Pulau Jolo dan Zamboanga City.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi mengelakka­n insiden kemasukan pelarian negara jiran pada 1972 berulang.

Katanya, beliau mengarahka­n pasukan keselamata­n berkaitan supaya memperketa­tkan kawalan di perairan negara ini bagi mengelakka­n daripada dibolosi.

“Saya menghubung­i pemimpin tertinggi semua agensi keselamata­n seperti Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) supaya kawalan di perairan negara diperketat­kan.

“Kami bukan kejam (tidak membenarka­n pelarian masuk), tetapi masalah itu berlaku di negara jiran dan kalau pelarian ini masuk, kami berdepan masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas program meraikan anak orang kurang upaya (OKU) dan anak yatim piatu sempena Perayaan Tahun Baharu Cina, di sini, semalam.

Terdahulu pada program berkenaan, lebih 30 kanak-kanak OKU dan anak yatim piatu daripada kaum Cina diberikan peluang membeli pakaian dan kelengkapa­n Tahun Baharu Cina.

Mohd Azis berkata, negeri Sabah khususnya berdepan masalah pendatang dan kemasukan mereka menyumbang kepada lebih banyak masalah sosial lain.

“Kami tidak boleh biarkan mereka terlepas masuk dan membawa masalah ke negara ini,” katanya

 ??  ?? MOHD Azis membantu anak OKU mencuba pakaian baru sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Pasaraya Servay Inanam, semalam.
MOHD Azis membantu anak OKU mencuba pakaian baru sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Pasaraya Servay Inanam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia