Harian Metro

RM500j untuk pengusaha kraf tangan, inap desa

-

Kota Bharu: Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) menyediaka­n peruntukan RM500 juta menerusi Skim Kraftangan dan Homestay untuk membantu pengusaha terbabit di negara ini.

Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, peruntukan itu boleh dimohon pengusaha yang mahu menceburi industri itu.

Katanya, langkah itu membantu usahawan mengembang­kan industri kraftangan dan inap desa, sekali gus meran cakkan aktiviti pelanconga­n.

“Skim ini terbuka kepada semua yang berminat dan yang sudah terbabit dengan industri kraftangan dan inap desa.

“Kerajaan menyediaka­n subsidi dua peratus untuk faedah pinjaman kepada mereka yang dipilih,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Festival Kraf Tekstil Pantai Timur di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC, Saraya Arbi dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pelanconga­n) MOTAC, Datuk Haslina Abdul Hamid.

Mengulas lanjut, pihak yang berminat boleh membuat permohonan di pejabat MOTAC seluruh negara.

“Kami membuat penapisan untuk memastikan hanya yang benar-benar layak memperoleh pinjaman ini.

“Harap pengusaha memperoleh manfaat menerusi skim ini,” katanya.

Mengulas mengenai program dianjurkan, ia untuk memperkasa kraftangan di negeri ini.

“Festival ini platform terbaik mengukuhka­n kerjasama rantaian pemasaran dalam kalangan usahawan kraf tekstil pantai timur ke peringkat domestik dan antarabang­sa,” katanya.

 ??  ?? MOHAMMADIN (kiri) diberi penerangan oleh Ibrahim (tengah) mengenai batik Kelantan ketika mengadakan lawatan di Kraftangan Malaysia, Cawangan Kelantan.
MOHAMMADIN (kiri) diberi penerangan oleh Ibrahim (tengah) mengenai batik Kelantan ketika mengadakan lawatan di Kraftangan Malaysia, Cawangan Kelantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia