Harian Metro

‘Saya tak tahu ini salah’

-

 Warga Indonesia baru memasuki Malaysia ditahan ambil upah jaga parkir

mahu dikenali sebagai Man, 47, berkata, dia baru saja memasuki negara ini tiga bulan lalu dan bekerja sebagai penjaga kedai durian di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur.

Katanya, dia mendakwa membantu pengunjung ke pasar terbabit mendapatka­n parkir kerana kawasan itu sesak dan sibuk sehingga sukar mencari tempat letak kereta.

“Saya hanya bantu mereka dengan menunjukka­n ruang parkir di kawasan itu. Pengunjung yang dibantu (dapatkan parkir) akan memberi wang antara RM1 hingga RM5.

“Saya tidak tahu tindakan itu salah kerana saya cuma mahu membantu mereka. Pada masa sama, mereka memberikan upah kepada saya kerana sudah membantu mereka,” katanya.

Man antara tiga individu yang ditahan dalam Operasi Khas Ulat Parkir oleh sepasukan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di pasar berkenaan, Rabu lalu.

Ketika ditahan, kakak Man berusia 50 tahun yang turut berada di lokasi tiba-tiba pengsan apabila adiknya ditahan pihak berkuasa kerana didapati menjadi ulat parkir.

Keadaan kecoh kerana insiden itu kembali tenang selepas kakaknya sedar semula selepas diberi bantuan awal oleh orang awam sebelum dibawa ke klinik berhampira­n untuk rawatan lanjut.

Ulat parkir lain dikenali sebagai Zaid, 51, yang turut ditahan dalam operasi itu memaklumka­n dia ‘menjaga’ ruang parkir di kawasan pasar berkenaan sebagai ‘kerja sambilan’ pada waktu pagi saja.

“Waktu malam saya bekerja sebagai tukang urut di Jalan Petaling. Pada waktu pagi, saya akan datang ke sini untuk membantu orang (awam) parkir kereta sebab susah mahu dapatkan ruang parkir di kawasan pasar ini.

“Jalan di kawasan ini amat sibuk setiap hari, jadi saya hanya membantu mereka (orang awam) masuk ke ruang parkir.

“Orang ramai yang dibantu memberi upah sekitar RM2 ke RM5,” katanya yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihata­n.

Dalam pada itu, ujian saringan awal air kencing terhadap ketiga-tiga ulat parkir yang ditahan mendapati mereka positif dadah.

Mereka kemudian dibawa ke Jabatan Penguatkua­saan DBKL untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, seorang pengunjung Ramli Saad, 45, berkata, dia memberi upah kepada ulat parkir kerana pernah berdepan detik cemas apabila kereta miliknya dicalar kerana tidak memberikan wang.

“Ini adalah kawasan parkir awam. Sepatutnya tiada bayaran dikenakan, namun ada segelintir ulat parkir yang mengambil kesempatan dengan mengenakan kadar bayaran tertentu jika mahu parkir kereta di kawasan ini,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA DBKL menangkap ulat parkir yang menjalanka­n aktiviti tidak dibenarkan di kawasan DBKL.
ANGGOTA DBKL menangkap ulat parkir yang menjalanka­n aktiviti tidak dibenarkan di kawasan DBKL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia