Harian Metro

Lambung bayi demi raih derma

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seorang pelancong asing melambung bayi dipercayai anaknya untuk menagih simpati orang ramai di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Malah, video perbuatan berbahaya itu dirakam seorang lelaki sebelum dikongsi dalam akaun Facebook miliknya, semalam.

Menerusi video berdurasi satu minit 26 saat itu, pelancong berkemungk­inan dari Barat itu dilihat menghayun dan melambung bayi terbabit yang dipegang di bahagian kaki beberapa kali.

Turut bersamanya, seorang lagi lelaki dan dua wanita dipercayai mempunyai hubungan antara satu sama lain yang bermain muzik.

Biarpun bayi berkenaan kelihatan teruja dikhuatiri mendatangk­an kecederaan, selain satu bentuk eksploitas­i undang-undang.

Menurut pemilik akaun Facebook bernama Zayl Chia Abdullah, kejadian itu dirakamnya ketika berada di Bukit Bintang.

Lelaki berkenaan yang memegang bayi bersama seorang lagi lelaki dan dua wanita dikatakan melakukan pertunjuka­n bagi menagih simpati untuk mengutip derma.

Kononnya mahu membantu pemandu kereta mencari parkir dan menjaga kenderaan mereka.

Itu antara alasan popular diberikan ulat parkir yang mampu mengaut keuntungan ratusan ringgit setiap hari dengan menjadikan tempat letak kereta awam sebagai ‘kawasan jagaan’ mereka.

Keuntungan mudah yang diperoleh itu menjadikan kerja ulat parkir bukan saja menjadi pilihan penduduk tempatan, malah juga warga asing.

Warga Indonesia yang hanya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia