Harian Metro

‘Makan’ debu 1.5km

- Amirul Aiman Hamsuddin am@hmetro.com.my

 Penduduk Kampung Tengah terpaksa hidu habuk akibat kerja naik taraf jalan tidak dilaksanak­an dengan baik

Kira-kira 100 penduduk Kampung Tengah, di sini, mendakwa sengsara kerana terpaksa menghidu habuk dan debu saban hari berikutan kerja menaik taraf jalan kampung itu tidak dilaksanak­an dengan baik.

Seorang penduduk, Mohamad Yusak Tumiran, 64, berkata, masalah berkenaan semakin meruncing sejak Oktober tahun lalu selepas jalan berkenaan dinaik taraf.

“Sebelum ini, keadaan jalan tidak bermasalah. Tetapi, segalanya berubah selepas diperbaiki.

“Setiap kali kenderaan melalui jalan ini, penduduk kampung terpaksa menghidu debu dan habuk yang berterbang­an,” katanya.

Menurutnya, permukaan jalan berbatu sepanjang 1.5 kilometer (km) itu memang merunsingk­an penduduk.

“Keadaan struktur jalan tidak rata mengundang bahaya kepada pengguna khususnya penunggang motosikal pada waktu malam,” katanya.

Penduduk lain, Abdullah Hashim, 60, berkata, pihak berwajib diminta mengambil tindakan segera meskipun tiada kes kemalangan berlaku setakat ini.

“Saya dan penduduk lain merayu pihak bertanggun­gjawab mengatasi masalah ini dengan segera kerana pengguna tidak berpuas hati setiap kali melalui jalan itu,” katanya. Pihak pemaju yang didakwa menceroboh dua lot tanah milik kerajaan di Mukim Petaling dan Setapak sudah berhubung secara tidak rasmi dengan Kementeria­n Wilayah Persekutua­n berkaitan isu berkenaan.

Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad berkata, sehubungan itu pihaknya memberi masa kepada mereka sehingga akhir bulan ini untuk menghubung­i secara rasmi pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Kementeria­n Wilayah Persekutua­n dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

 ??  ?? KEADAAN jalan berbatu sepanjang 1.5 kilometer di Kampung Tengah.
KEADAAN jalan berbatu sepanjang 1.5 kilometer di Kampung Tengah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia