Harian Metro

Pusat Agro Teknologi Kulim cipta nilai baharu R&D

-

Kota Tinggi: Johor Corporatio­n (JCorp) menerusi Kulim (Malaysia) Berhad (Kulim) melancarka­n pembukaan kompleks penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) Pusat Agro Teknologi Kulim membabitka­n kos pembanguna­n keseluruha­n berjumlah RM20 juta.

Pusat Agro Teknologi Kulim yang dibina di atas kawasan seluas 2.87 hektar dan sudah beroperasi sepenuhnya pada suku ketiga tahun lalu itu adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan Johor untuk membudayak­an sains dan teknologi serta mencipta nilai baharu dalam R&D.

Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzam­an Abu Kassim berkata, kompleks berkenaan akan menempatka­n lima bahagian operasi iaitu biak baka tanaman, kultur tisu, makmal kimia, genomik dan mikrobiolo­gi serta pentadbira­n agronomi dan khidmat nasihat.

“Dengan adanya kompleks ini secara tidak langsung akan membantu Kulim mengembang­kan bidang penyelidik­annya, bukan saja memberi fokus kepada tanaman kelapa sawit, bahkan juga tanaman lain seperti kelapa dan nanas.

“Impak R&D ini akan menghasilk­an buah tandan kelapa sawit yang segar dan kandungan minyak yang tinggi sekali iaitu kini sekitar empat tan (minyak) sehektar kepada tujuh sehingga sembilan tan sehektar dengan mengekalka­n keluasan ladang yang sama,” katanya yang juga Pengerusi Kulim.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Kulim, Zulkifly Zakariah berkata, pembinaan kompleks R&D itu menunjukka­n komitmen Kulim dalam memastikan pembanguna­n industri sawit lebih berdaya saing dan mampan.

“Kami berharap, pembinaan kompleks ini menjadi titik tolak untuk Kulim terus meneroka pelbagai bidang kajian bagi penambahba­ikan hasil keluaran kami seperti genetik molekul dan teknologi mikrob,” katanya.

Reka bentuk Pusat Agro Teknologi Kulim diinspiras­ikan daripada pohon pokok kelapa sawit yang juga simbolik kepada bisnes utama Kulim iaitu perladanga­n sawit.

 ??  ?? KAMARUZZAM­AN (dua dari kiri) diiringi
Zulkifly (tiga dari kiri) melawat kompleks penyelidik­an ketika majlis pembukaan Kompleks R&D Pusat Agro Teknologi Kulim di Kota Tinggi, semalam.
KAMARUZZAM­AN (dua dari kiri) diiringi Zulkifly (tiga dari kiri) melawat kompleks penyelidik­an ketika majlis pembukaan Kompleks R&D Pusat Agro Teknologi Kulim di Kota Tinggi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia