Harian Metro

Dr Rameli dilantik sebagai Pengerusi KTMB

-

Datuk Dr Rameli Musa,

Naib Pengerusi Ingress Corp Bhd dilantik sebagai Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).

Difahamkan, Rameli yang sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Balfour Beatty Rail (BBRail) Sdn

Bhd menerima surat lantikan daripada Menteri Pengangkut­an (MoT) minggu lalu.

Beliau menggantik­an Datuk Nawawi Ahmad yang mengumumka­n pengundura­nnya sebagai Pengerusi pada Julai 2018, selepas Barisan Nasional kalah pada pilihan raya umum pada Mei lalu.

Kontrak Rameli dipercayai selama tiga tahun berkuatkua­sa 1 Februari 2019. Beliau yang turut menyertai beberapa syarikat swasta lain, tidak dapat dihubungi untuk butiran lanjut.

Sumber industri menyatakan bahawa pegawai tertinggi MoT cuba untuk mendapatka­n Rameli menerima tawaran itu serta memimpin syarikat berkenaan ke tahap lebih tinggi.

Penguranga­n duti eksais bagi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dijangka antara langkah yang akan digariskan dalam Dasar Automotif Negara 2019 (NAP 2019) yang akan diumumkan pada hujung bulan depan.

Pemerhati pasaran berkata, meskipun langkah itu menjejaska­n pendapatan kerajaan, namun ia akan memberi impak langsung dari segi penurunan harga kenderaan CKD, selain daripada tarikan pelaburan baharu dan peningkata­n pemilikan kenderaan di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari berkata,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia