Harian Metro

IMPAK TIGA SERANGKAI

- Mohd Zaky Zainuddin bisnes@hmetro.com.my

 Penguranga­n duti eksais kenderaan CKD dijangka langkah digaris NAP 2019

penguranga­n duti eksais dari segi kebaikan dan keburukann­ya kepada pendapatan kerajaan perlu dilihat secara menyeluruh.

Ini kerana, katanya, secara amnya, pendapatan kerajaan yang berkuranga­n itu akan diganti dengan hasil daripada peningkata­n penjualan kenderaan serta keuntungan perniagaan serta pelaburan baharu.

“Tambahan pula, peningkata­n kerjaya dan keupayaan perniagaan juga dijangka membawa manfaat tidak langsung yang bernilai kepada seluruh ekosistem automotif dan warga Malaysia keseluruha­nnya,” katanya ketika dihubungi.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Ong Kian Ming dilaporkan berkata, penguranga­n duti eksais yang menjadi salah satu impak positif kepada pengguna memberi kesan langsung kepada pemilikan kenderaan bagi pengguna.

Dalam taklimat media, Ong turut menggarisk­an beberapa strategi termasuk kajian semula insentif kenderaan jimat tenaga (EEV) yang akan menjadi intipati penting dalam NAP 2019.

Mengulas lanjut, Madani berkata, NAP menawarkan insentif secara kepada pengeluar kenderaan berdasarka­n kesesuaian model perniagaan dalam menjana nilai tambah kepada ekosistem automotif tempatan.

Katanya, insentif itu tidak hanya terhad kepada pelaburan di dalam pengeluara­n CKD saja, malah ditawarkan untuk aktiviti nilai tambah termasuk penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D), pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) serta keupayaan menjana peluang pekerjaan dan perniagaan bagi rakyat Malaysia di dalam rantaian nilai automotif. “Galakan insentif secara

ini membawa impak positif kepada ekosistem tempatan disebabkan struktur penyesuaia­n insentif yang menepati kekuatan dan kebolehan pelabur itu sendiri dan mewujudkan keseimbang­an bagi memenuhi keperluan pengeluar dan pengguna.

“Ini dapat dilihat melalui pelaburan tambahan oleh pengeluar bagi memperluas­kan kapasiti perbuatan, usaha sama baharu di antara syarikat pembekal tempatan dan antarabang­sa di dalam produk teknologi strategik, mahupun peningkata­n kerjaya baharu di dalam bidang reka bentuk kereta serta komponen yang berkaitan,” katanya.

 ?? Madani Sahari ?? Peningkata­n kerjaya dan keupayaan perniagaan juga dijangka membawa manfaat tidak langsung yang bernilai kepada seluruh ekosistem automotif dan warga Malaysia keseluruha­nnya”
Madani Sahari Peningkata­n kerjaya dan keupayaan perniagaan juga dijangka membawa manfaat tidak langsung yang bernilai kepada seluruh ekosistem automotif dan warga Malaysia keseluruha­nnya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia