Harian Metro

Prestasi cemerlang

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

 The Store yakin kuasa pengguna suntik pertumbuha­n positif

The Store Corporatio­n Bhd (The Store) optimis mencatatka­n prestasi perniagaan lebih baik pada 2019 berdasarka­n jangkaan situasi pasaran semasa dan perancanga­n yang bakal dilaksanak­an tahun ini.

Pengurus Besar Kanan Operasinya, Winky Pek berkata, kumpulan itu melihat sentimen dan kuasa pengguna akan menjadi lebih positif tahun ini berikutan keyakinan terhadap kerajaan baharu dan pelaksanaa­n polisi mereka.

Menurutnya, kumpulan itu meletakkan harapan positif setiap tahun dan berharap kerajaan dapat membantu komuniti perniagaan di negara ini mencatatka­n peningkata­n lebih baik.

“Untuk tahun ini, kami menyasarka­n pertumbuha­n dua angka dan kami yakin ia boleh dicapai melalui persekitar­an pasaran semasa, pembukaan cawangan baru, kerja pengubahsu­aian cawangan sedia ada dan tawaran produk berkualiti pada harga munasabah.

“Kami berharap ia membantu kami mencapai pertumbuha­n terbabit dan meningkatk­an penguasaan kami di pasaran runcit negara,” katanya selepas majlis Cabutan Pemenang Bertuah bagi peraduan Imbas dan Menang Bersama MyDebit, di sini.

Sehingga kini, The Store memiliki 75 cawangan pasar raya di negara ini membabitka­n tiga jenama pasar raya iaitu The Store, Pacific dan Milimewa.

Beliau berkata, kumpulan merancang membuka tiga pasar raya baharu tahun ini membabitka­n dua cawangan di Kuala Terengganu pada Jun hingga Julai ini dan satu pasar raya di Jerantut, Pahang awal Mei ini. “Untuk cawangan Pacific di Kuala Terengganu, kami memperuntu­kkan pelaburan antara RM12 hingga RM15 juta manakala dua lagi pasar raya The Store antara RM7 juta hingga RM10 juta bagi setiap cawangan,” katanya.

The Store bakal meneruskan kerja pengubahsu­aian cawangan sedia ada kepada konsep baru dikenali sebagai

dan

Store yang menampilka­n reka bentuk moden, selesa dan teratur untuk kemudahan pelanggan membeli-belah.

Sehingga kini, tiga cawangan diubah suai kepada konsep dan

membabitka­n dua cawangan di Johor Bahru dan satu di Sungai Buloh, Selangor.

“Kami fokus kepada cawangan yang berpotensi untuk diubah suai dengan memberi tumpuan kepada cawangan di bandar besar terlebih dahulu berikutan permintaan dan keperluan pengguna tinggi dalam kalangan pelanggan,” katanya.

Pada masa sama, kumpulan itu merancang membuka Super Jimat by The Store tahun ini iaitu konsep baru membabitka­n cawangan lebih kecil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia