Harian Metro

Tawar rumah mampu milik bermula RM158,000 di Ipoh

-

Kuala Lumpur: Casa Subang Sdn Bhd (Casa Subang) yang membangunk­an projek hartanah seluas 24.28 hektar di Ipoh menawarkan rumah mampu milik pada harga bermula RM158,000.

Pengerusi Pemasaran dan Jualannya, Keith Chan berkata, hanya dengan bayaran deposit sebanyak RM2,000 serta bayaran pendahulua­n rendah, ia adalah pelaburan yang berbaloi untuk dimiliki.

Beliau berkata, projek pembanguna­n itu terbahagi kepada tiga kategori berbeza iaitu Casa Residences, Casa Idaman dan Casa Avenue menawarkan pelbagai pilihan dan cita rasa kepada pembeli.

“Tawaran harga harga rendah dalam projek ini membolehka­n lebih ramai golongan muda mencapai impian mereka membeli rumah pertama.

“Apa yang menarik, harga purata bagi rumah ini bermula daripada RM150 bagi sekaki persegi,” katanya di sini, semalam.

Casa Residences mempunyai 752 unit rumah yang setiap unit rumah itu berkeluasa­n 850 kaki persegi serta mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik mandi.

Bagi Casa Idaman, ia berkeluasa­n 1,000 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi yang mana projek enam tingkat itu menawarkan 960 unit rumah.

Sementara Casa Avenue pula adalah lot kedai dan pejabat pegangan bebas 70 unit setinggi dua tingkat.

Chan berkata, pembinaan projek berkenaan bermula sejak akhir tahun lalu dan dijangka siap tahun ini.

“Fasa pertama kini dibuka untuk dijual, namun disebabkan sambutan hangat, unit yang tinggal adalah terhad,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, rumah itu menggunaka­n sistem keselamata­n berpagar bagi memastikan keselemata­n dan keselesaan pendudukny­a.

Ia dilengkapi dengan kemudahan seperti kolam renang, gimnasium, taman permainan kanak-kanak dan auditorium bersepadu.

 ??  ?? JUMLAH unit yang tinggal untuk rumah mampu milik Casa Subang terhad selepas menerima sambutan menggalakk­an.
JUMLAH unit yang tinggal untuk rumah mampu milik Casa Subang terhad selepas menerima sambutan menggalakk­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia