Harian Metro

Tawar harga menarik

- Sri Ayu Kartika Amri cnews@nstp.com.my

 KL HOHO sasar peningkata­n penumpang domestik 20 peratus

Elang Wah Sdn Bhd, pengendali perkhidmat­an bas pelancong KL Hop-On Hop-Off (KL HOHO) menyasarka­n peningkata­n penumpang domestikny­a kepada 20 peratus tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Syed Azhar Syed Nadzir berkata, selain di Kuala Lumpur, pihaknya juga beroperasi di Pulau Pinang.

Katanya, setakat ini jumlah penumpang domestik 10 peratus daripada 250,000 keseluruha­n penumpang yang direkodkan tahun lalu.

“Kami optimis jumlah itu dapat dicapai, malah kami juga menjalin kerjasama dengan MATTA bagi memberi tawaran harga menarik sempena pameran MATTA yang berlangsun­g Mac depan.

“Buat masa ini, kami mempunyai 15 bas KL HOHO yang beroperasi membawa pelancong dari dalam dan luar negara. “Perancanga­n untuk menambah bas belum ada lagi, namun jika ada permintaan yang tinggi kami akan pertimbang­kan,” katanya. Menurutnya, syarikat juga akan memperkena­lkan laluan baharu antaranya ke pusat beli-belah Mid Valley.

Sementara itu, Syed Azhar berkata, pihaknya mencari peluang meluaskan operasi ke negeri lain.

“Kami masih belum boleh berkongsi lokasi yang tepat, namun kami jangka ia akan dimuktamad­kan tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, KL HOHO juga berada di kedudukan kelima di dunia yang menerima kehadiran pelancong paling ramai.

Katanya, harga tiket yang ditawarkan kepada pelanggan juga sangat berpatutan iaitu RM55 bagi pelancong asing (dewasa) dan hanya RM25 bagi warga tempatan.

 ??  ?? SYED Azhar (kanan) pada sidang media antara MATTA dan KL HOHO di Wisma MATTA.
SYED Azhar (kanan) pada sidang media antara MATTA dan KL HOHO di Wisma MATTA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia