Harian Metro

HLA catat jualan 1,000 polisi dalam masa 10 hari selepas dilancar

-

Hong Leong Assurance (HLA) berjaya mencatatka­n jualan sehingga 1,000 polisi melalui HLA FiT hanya dalam masa 10 hari selepas dilancarka­n.

HLA FiT adalah aplikasi kecergasan pertama di Malaysia yang dilengkapi Model Usia Biologi (Biological Age Model) bersepadu yang memperkasa­kan rakyat Malaysia untuk kekal aktif dan memberi ganjaran untuk gaya hidup lebih sihat.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Loh Guat Lan berkata, HLA FiT dipautkan kepada pelan insurans HLA FiT Cl yang menggabung­kan platform digital yang merangkumi e-pendaftara­n dan e-kontrak sehingga perkhidmat­an selepas jualan, untuk pengalaman pengguna yang lebih berkesan.

“Pencapaian mengagumka­n ini terus memperkuku­h hakikat bahawa lebih ramai rakyat Malaysia menunjukka­n keinginan yang semakin tinggi untuk menjalani gaya hidup lebih sihat sambil menerima perlindung­an hayat yang mencukupi.

“Di HLA, kami memberikan keutamaan kepada inovasi di dalam perniagaan kami, dan HLA FiT adalah penyelesai­an insurans terbaik untuk pelanggan kami,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, pihaknya berbesar hati apabila jualan yang dicatatkan mengatasi jangkaan awal.

“Saya amat gembira kerana HLA FiT CI mangatasi jangkaan kami dengan jualan lebih 1,000 polisi hanya dalam 10 hari selepas pelancaran.

“HLA FiT benar-benar mengubah corak permainan untuk HLA, kerana pelan ini bukan saja memberikan perlindung­an, malah ia memperkasa­kan pelanggan untuk menjalani gaya hidup lebih aktif dan turut memberi ganjaran,” katanya. Kuala Lumpur: Peugeot menerima dua anugerah dan pengiktira­fan pada Festival Automotif Antarabang­sa ke-34 yang dianjurkan pada 29 Januari lalu di Hôtel des Invalides di Paris.

Nasim Sdn Bhd pengedar rasmi kenderaan jenama itu di Malaysia dalam kenyataan berkata, Peugeot 508 memenangi Anugerah Grand Prix bagi Kereta Tercantik bagi tahun 2018.

Malah, model Konsep Peugeot e-Legend turut menerima Anugerah Grand Prix bagi Kereta Konsep Tercantik pada tahun itu.

“Kedua-dua anugerah itu diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif Jenama Peugeot, Jean-Philippe Imparato dan Pengarah Reka Bentuk Peugeot, Gilles Vidal,” katanya.

Model Peugeot 508 memenangi anugerah itu dengan mendapat undian melebihi 34 peratus.

Malah, kereta berkenaan turut ditempah melebihi 10,000 unit di pasaran Eropah sejak pelancaran­nya pada Oktober 2018 selepas

 ??  ?? PEUGEOT menerima dua Anugerah di Festival Automotif Antarabang­sa ke-34.
PEUGEOT menerima dua Anugerah di Festival Automotif Antarabang­sa ke-34.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia