Harian Metro

‘Doktor’ pontianak

- Agensi

Seorang lelaki yang digelar pontianak selepas meminum darah rakan kolej yang dibunuhnya ditangkap baru-baru ini selepas didapati bekerja sebagai doktor dengan menggunaka­n sijil palsu apabila keluar dari hospital sakit jiwa di Russia. Boris Kondrashin, 36,

ditahan polis selepas dikesan bertugas sebagai doktor hampir dua setengah tahun dengan menjadi pakar sakit jiwa dan pakar merawat ketagihan di beberapa hospital di Chelyabins­k.

Kondrashin menggempar­kan Russia kira-kira 20 tahun lalu selepas dia membunuh rakan kolejnya sebelum melapah mayat, memakan hati serta meminum darah mangsa.

Dia juga membuat senarai 10 rakannya untuk dibunuh dan dimakan organ mereka seperti diarahkan syaitan.

Lelaki itu yang mengaku sebagai pontianak dihantar ke hospital sakit jiwa selepas hakim mendapati dia tidak

(gambar kecil)

siuman ketika melakukan jenayah berkenaan.

Bagaimanap­un, selepas lebih 10 tahun dirawat, Kondrashin diisytihar­kan sudah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital itu.

Selepas keluar dari hospital Kondrashin mahu meneruskan cita-citanya untuk menjadi doktor tetapi lelaki itu dilaporkan membeli sijil kolej perubatan palsu yang membolehka­nnya bertugas di beberapa

Chelyabins­k.

Bagaimanap­un, identiti Kondrashin terbongkar selepas seorang pesakit wanita yang juga rakan sekelas dan antara tersenarai sebagai mangsa yang ingin dibunuhnya bertemu lelaki itu.

“Apabila dia melihat saya, Kondrashin terus keluar dari bilik dan ketawa dengan kuat,” kata wanita itu.

Kondrashin ditangkap tidak

hospital

di lama selepas itu selepas wanita berkenaan membuat laporan polis dan siasatan awal mendapati lelaki berkenaan diterima bertugas sebagai doktor selepas dia membeli sijil perubatan palsu.

Polis juga menyiasat nasib pesakitnya sepanjang dua tahun setengah Kondrashin menyamar sebagai doktor, pakar sakit jiwa dan pakar rawatan ketagihan.

 ??  ?? DUA petugas menyembur air dari sebuah bangunan tinggi di Bangkok, Thailand bagi mengurangk­an tahap pencemaran udara yang teruk melanda bandar raya itu kelmarin. - EPA
DUA petugas menyembur air dari sebuah bangunan tinggi di Bangkok, Thailand bagi mengurangk­an tahap pencemaran udara yang teruk melanda bandar raya itu kelmarin. - EPA
 ??  ?? SEBUAH hospital di Chelyabins­k lokasi Kondrashin pernah bertugas sebagai doktor palsu. - Agensi
SEBUAH hospital di Chelyabins­k lokasi Kondrashin pernah bertugas sebagai doktor palsu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia