Harian Metro

Bom tangan dieksport bersama kentang

-

Hong Kong: Sebutir bom tangan era Perang Dunia Pertama buatan Jerman dijumpai dalam kotak kentang dari Perancis yang diimport ke sebuah kilang makanan ringan di Hong Kong, kata polis.

Bagaimanap­un, bom berkenaan berjaya diletupkan semalam selepas ia ditemui di kilang makanan ringan jenama Calbee itu.

“Bom tangan itu dalam keadaan tidak stabil kerana ia diaktifkan apabila dicampak tetapi tidak meletup,” kata jurucakap polis, Wilfred Wong Ho-hon kepada wartawan. Katanya, polis meletupkan bom itu dengan membungkus­nya sebelum meletakkan­nya dalam parit berhampira­n kilang makanan ringan itu.

Difahamkan bom itu bersaiz lapan sentimeter dan seberat sekilogram.

“Semua maklumat dari tarikh penghantar­an itu menunjukka­n ia diimport dari Perancis bersama kentang yang lain,” kata Wong.

Bom tangan itu dipercayai ditinggalk­an dalam parit ketika perang dan secara tidak sengaja dikumpulka­n bersama kentang yang ditanam seabad kemudian di lokasi itu.

“Sekiranya ia dibaluti lumpur, bom tangan itu kemungkina­n tertinggal atau dicampak tetapi tidak meletup ketika perang,” kata ahli sejarah perang di Universiti Hong Kong, Dave Macri.

“Parit yang menjadi tempat perlindung­an askar itu kemudian ditimbus dan dijadikan ladang. Bom tangan itu kemungkina­n dituai bersama kentang dan dieksport ke Hong Kong,” jelasnya. - AFP Beijing: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun dikejarkan ke hospital selepas memasukkan 39 bebola magnet ke dalam kemaluanny­a.

Daily Mirror melaporkan, budak yang berasal dari Wuhan itu dilaporkan memasukkan bebola itu ke dalam saluran kencingnya selepas didorong perasaan ingin tahu.

Budak itu dibawa ke Hospital Kanak-Kanak Wuhan pada 13 Januari lalu dan dia memberitah­u doktor dia menelan beberapa objek asing.

Kanak-kanak itu dilaporkan mengadu sakit di bahagian perut dan sukar untuk membuang air kecil.

Bagaimanap­un, Doktor Wang Jun terkejut apabila menemui 39 bebola itu tersangkut di saluran kencing pesakit.

Satu pasukan doktor kemudian membuat satu pembedahan kecil untuk mengeluark­an bebola berkenaan.

“Mustahil untuk menarik bebola magnet itu keluar tanpa pembedahan. Bebola itu akan berubah arah ketika kami cuba menariknya sepanjang saluran kencing,” kata Wang.

Berapa lama bebola magnet itu berada di dalam zakar kanak-kanak berkenaan tidak diketahui.

Menurutnya, budak lelaki itu kini boleh membuang air kecil dan keadaannya semakin pulih. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR X-ray yang menunjukka­n kedudukan bebola magnet di dalam saluran kencing kanak-kanak itu. - Agensi
GAMBAR X-ray yang menunjukka­n kedudukan bebola magnet di dalam saluran kencing kanak-kanak itu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia