Harian Metro

Pergi ketika berdoa

- Agensi

 Wanita paling tua di dunia meninggal dunia pada usia 129 tahun

Seorang wanita yang dipercayai oleh pihak berkuasa Russia sebagai manusia tertua di dunia, meninggal dunia dengan tenang ketika sedang berdoa.

Koku Istambulov­a yang terselamat daripada kekejaman bekas pemimpin Kesatuan Soviet, Joseph Stalin terhadap penduduk Chechnya, bakal berusia 130 tahun pada Jun tahun ini, menurut rekod tabung persaraan negara itu.

Usia wanita lebih tua berbanding seorang wanita yang disenaraik­an dalam Buku Rekod Russia yang meninggal dunia bulan lalu pada usia 128 tahun, kata pihak berkuasa.

Koku menjadi perhatian tahun lalu selepas berkata, walaupun mempunyai umur yang panjang, dia berasa gembira sekali dalam hidupnya iaitu ketika masuk ke rumah yang dibina sendiri sekembali dari pembuangan di Kazakhstan.

Cucu lelaki Koku, Iliyas Abubakarov berkata, neneknya menikmati makan malam seperti biasa pada 27 Januari lalu di kampung asalnya di Chechnya.

“Nenek bergurau dan berbual, kemudian tiba-tiba berasa tidak sihat dan mengadu sakit dada. Kami memanggil doktor dan diberitahu tekanan darahnya turun.

“Doktor turut memberi suntikan tetapi gagal menyelamat­kannya. Dia meninggal dunia tidak lama kemudian dan pergi dengan tenang, dalam keadaan sedar sepenuhnya dan sedang berdoa,” kata Iliyas.

Koku dikebumika­n di kampung asalnya di Bratskoe dan diiringi lima cucu dan 16 cicit.

Koku yang beragama Islam dilahirkan sebelum Tsar terakhir Nicholas II dimahkotak­an, dia hidup lebih lama mengatasi generasi Kesatuan Soviet, menurut satu pasport Russia miliknya.

Tarikh lahir Koku adalah pada 1 Jun 1889 ketika Ratu Victoria memerintah Britain. Tetapi pasportnya hanya memaparkan tahun kelahiran tanpa hari dan bulan yang tepat.

Ditanya mengenai rahsia umurnya yang panjang, Koku berkata: “Itulah kehendak Tuhan. Saya tidak buat apa-apa agar ia berlaku.

“Saya melihat sebilangan orang bersukan, memakan makanan istimewa, jaga kesihatan diri tetapi saya tidak tahu bagaimana boleh panjang umur sehingga sekarang.”

 ??  ?? KOKU Istambulov­a
KOKU Istambulov­a

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia