Harian Metro

Kutip derma bantu pemandu langgar Ferrari

-

Taipei: Nasib malang seorang penghantar barang yang melanggar empat kereta Ferrari dalam kemalangan ketika pulang bekerja mendapat simpati pengguna media sosial yang berjaya mengumpul derma lebih £135,000 (RM723,289) untuk membantuny­a membayar ganti rugi.

Daily Mail melaporkan, Lin Chin-hsian, 20, yang bekerja sebagai pemandu penghantar­an makanan dikatakan terlelap ketika memandu akibat kepenatan sebelum merempuh kenderaan mewah berkenaan.

Kejadian berlaku pada awal pagi 16 Disember lalu, apabila Lin yang bekerja demi membantu ibu menyara keluarga memandu pulang selepas tamat syif malam.

Kerana terlalu penat, dia terlena seketika lalu merempuh tiga kereta jenis Ferrari 488 dan Ferrari F12 menyebabka­nnya terpaksa membayar ganti rugi.

Semua kereta mewah itu dikatakan diletakkan pemiliknya di tepi jalan dan kemalangan itu mendapat liputan meluas di Taiwan namun orang ramai merayu pemilik Ferrari terbabit memaafkan Lin.

Menurut Jabatan Kebajikan Sosial New Taipei, seramai 830 orang menyalurka­n derma kepada Lin dan keluargany­a kerana tersentuh dengan kemiskinan pemuda terbabit.

Balai polis turut dihujani dengan panggilan orang ramai yang bersedia untuk memberi derma kepada Lin dan ada individu bernama Chen memberi sumbangann­ya lebih £5,000 (RM26,788), lapor Epoch Times.

Sejak kematian bapa lima tahun lalu, dia dan dua lagi adik beradiknya dibesarkan ibu yang menjalanka­n perniagaan kecil-kecilan.

Lin berkata, dia bersyukur kerana orang ramai begitu baik hati untuk menawarkan bantuan dan memberi sokongan kepadanya.

“Ada di antara mereka sanggup memandu ke tengah bandar Taiwan dan bertanya di mana untuk menderma wang kepada saya,” katanya.

Lin yang pernah melanjutka­n pengajian di Universiti Sains dan Teknologi Tenggara namun terpaksa berhenti untuk membantu ibunya.

BBC melaporkan, salah seorang pemilik kereta mewah itu berasa serba salah namun dia tetap memerlukan ganti rugi untuk membaiki kerosakan.

 ??  ?? KEADAAN kereta Ferrari yang rosak selepas dirempuh kenderaan yang dipandu Lin. - Agensi
KEADAAN kereta Ferrari yang rosak selepas dirempuh kenderaan yang dipandu Lin. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia