Harian Metro

Hilangkan diri selepas belanja RM1 juta

-

Beijing: Seorang pemuda menghilang­kan diri selepas menghabisk­an wang berjumlah 1.7 juta yuan (RM1 juta) milik ibu bapanya untuk melanggan sebuah laman web hiburan siaran langsung yang memaparkan wanita cantik berpakaian seksi.

Pemuda dikenali sebagai nama Liu itu hilang dari rumahnya di Changsha, ibu kota tengah wilayah Hunan pada akhir Disember lalu, lapor Red Star News.

South China Morning Post melaporkan, Liu gagal dikesan keluargany­a namun berdasarka­n rekod perjalanan, bank dan media sosial menunjukka­n dia mungkin berada di Shenzen.

Menurut bapanya, sebelum menghilang­kan diri Liu didapati menghabisk­an wang sebanyak 1.7 juta yuan bagi melanggan laman web siaran langsung dikenali sebagai YY.

“Liu seorang anak yang baik dan dia mungkin dipaksa seseorang menyebabka­nnya menghilang­kan diri,” katanya.

Media tempatan melaporkan, pemuda itu membelanja­kan 12,000 yuan (RM7,287) sebulan sebagai yuran langganan laman web itu yang menyediaka­n kelebihan istimewa sebagai penonton.

Menonton hiburan siaran langsung yang menampilka­n pengacara wanita cantik dan seksi kini menjadi aktiviti utama lelaki bujang di China terutama apabila bilangan lelaki melebihi 42 juta berbanding wanita di negara itu.

Pengacara wanita menghiburk­an penonton mereka dengan pelbagai cara termasuk menyanyi, menari serta cabaran makan dan pekerjaan itu dikatakan mampu memberi pendapatan sehingga 100,000 yuan (RM60,730) sebulan.

Baru-baru ini, satu wilayah di China mengeluark­an arahan meminta pengacara wanita di dalam laman web berkenaan supaya tidak berpakaian ketat dan seksi.

 ??  ?? LIU (baju putih) bergambar bersama keluargany­a. - Agensi
LIU (baju putih) bergambar bersama keluargany­a. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia