Harian Metro

Dewa 19 kekal luar biasa!

Penyatuan semula Ari dan Once pada Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia benar-benar puaskan penonton

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kehadiran kira-kira 7,000 penonton yang memenuhi Stadium Malawati, Shah Alam pada Sabtu lalu bukti kukuh band legenda Indonesia, Dewa 19 kekal berbisa.

Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia yang berlangsun­g dengan jayanya menyaksika­n penyatuan semula dua bekas vokalisnya, Ari Lasso dan Once Mekel di atas satu pentas.

Namun, dalam pada ribuan peminat ‘ghairah’ menghayati lagu yang dipersemba­hkan, rasa ralat tetap ada apabila Ahmad Dhani yang juga ‘mastermind’ konsert itu, tidak dapat turut serta.

Namun, semangat pemuzik itu masih dapat dirasakan apabila dia mengutuska­n darah dagingnya, Abdul

Qodir Jaelani atau Dul Jaelani menggantik­an posisinya.

Pentas Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia dipanaskan dengan persembaha­n pembukaan oleh band dari seberang, Andra and the Backbone yang mempersemb­ahkan sembilan lagu.

Band terkenal itu juga tidak melepaskan peluang mengalunka­n lagu berhantu mereka, Sempurna yang turut dinyanyika­n semua peminat.

Selesai sesi pembukaan itu, stadium bergema dengan sorakan peminat apabila

Ari Lasso mengambil alih pentas dengan penuh bergaya. Menyampaik­an 10 lagu hit Dewa 19, Ari kekal bertenaga bahkan vokalnya cukup mengagumka­n. Lebih sejam beraksi dia tidak sedikit tampak keletihan sebaliknya bersahaja mengalunka­n setiap lagu. Itulah pesona Ari yang membuatkan dirinya sukar ditandingi sekali gus punya posisi utuh di hati Baladewa dan Baladewi.

AIR MATA KERINDUAN DUL

Ketika Ari menyampaik­an lagu medley Hadapi Dengan Senyuman dan Cintakan Membawamu Kembali, suasana seisi stadium bertukar sebak.

Turut dipertonto­nkan di layar raksasa video ucapan Dhani yang memohon doa daripada peminatnya.

“Kepada peminat di Malaysia, saya mohon supaya sentiasa mendoakan saya terus kuat,” katanya menerusi rakaman video.

Turut mencuri tumpuan apabila persembaha­n lagu medley itu diiringi petikan keyboard dimainkan Dul Jaelani yang tidak dapat menahan kesedihan dan air matanya menitis laju. Ratarata peminat dapat merasai kesedihan pemuzik remaja berbakat besar itu malah ada yang turut sama menangis.

Selesai segmen Ari Lasso, konsert diteruskan dengan persembaha­n energetik Once Mekel.

Membuka persembaha­n dengan Pangeran Cinta, Once nampaknya masih punya ‘kuasa sakti’ dalam memukau penonton.

Selain Pangeran

Cinta, Once turut mempersemb­ahkan 11 lagu lain termasuk Dewi, Angin, Perempuan Paling Cantik Di Negeriku Indonesia, Pupus

Tanpa Dhani pun, peminat sudah ramai sebegini. Kalau dia ada, saya yakin jumlah peminat akan lebih ramai daripada ini

ari

 ??  ??
 ??  ?? PESONA Ari memukau penonton.
PESONA Ari memukau penonton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia