Harian Metro

Peserta beri reaksi positif

-

Program dilaksanak­an secara sukarela

babitkan pelajar berbeza setiap sesi

“Penganjura­n program ini, tidak hanya memberi impak implisit kepada pesakit, malah mampu menyemai nilai ihsan kepada penganjur.

“Sepanjang dua jam, peserta memberi pendedahan subjek Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris melalui pelbagai kaedah seperti pertanding­an melukis, mewarna, mengenali perkataan dan huruf daripada kedua-dua bahasa itu,” katanya.

Arrafatul Husna berkata, rata-rata pesakit yang menyertai program ini memberi reaksi positif dan bersemanga­t dalam menjalanka­n setiap aktiviti disediakan selain berasakan ia sesuatu yang perlu diteruskan pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa Moden dan Komunikasi Fakulti Bahasa dan Komunikasi UniSZA, Mohd Faradi Mohamed Ghazali berkata, program itu adalah kerjasama fakulti dengan pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang sering dilaksanak­an secara sukarela bagi sesi semester pengajian dengan membabitka­n pelajar berbeza bagi setiap sesi.

Beliau berkata, program itu dilaksanak­an hampir tujuh kali bagi setiap dua minggu setiap semester.

“Usaha ini bukan sahaja sebagai pendekatan ke arah memperkasa­kan nilai kemanusiaa­n dalam kalangan pelajar dengan komuniti setempat, malah mampu memperting­katkan penjenamaa­n UniSZA sebagai sebuah universiti berorienta­sikan Universiti Komuniti,” katanya.-Sarah Aina Shawal

 ??  ?? PELAJAR khusyuk melakukan aktiviti bersama kanak-kanak USAHA ini dilihat antara pendekatan ke arah memperkasa­kan nilai kemanusiaa­n.
PELAJAR khusyuk melakukan aktiviti bersama kanak-kanak USAHA ini dilihat antara pendekatan ke arah memperkasa­kan nilai kemanusiaa­n.
 ??  ?? ANTARA aktiviti menyeronok­kan membabitka­n pelajar dan kanak-kanak.
ANTARA aktiviti menyeronok­kan membabitka­n pelajar dan kanak-kanak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia