Harian Metro

RANGSANG DENGAN AKTIVITI KOKURIKULU­M

-

Potensi di luar akademik dapat bantu ibu bapa atau guru

menentukan peluang belajar ke peringkat lebih tinggi

Beliau berkata, setiap individu perlu mencungkil potensi diri dan memahami kelemahan diri masingmasi­ng.

Menurutnya, murid pendidikan khas juga perlu diberi peluang dan ruang untuk menonjolka­n bakat bagi mengenal pasti potensi mereka terutama dalam bidang berkaitan kemahiran.

Katanya, mendidik murid pendidikan khas memerlukan pendekatan yang lebih menjurus kepada kemahiran hidup supaya mereka lebih berdikari untuk meneruskan kehidupan.

“Proses ini boleh dilakukan melalui penyertaan dalam pelbagai pertanding­an yang memerlukan teknik kemahiran.

“Melalui aktiviti kemahiran, murid cenderung dan seronok untuk mendalami projek yang dirancang, malah mereka juga bersemanga­t selain ia secara tidak langsung membantu meningkatk­an kemahiran insaniah murid,” katanya.

Mohd Firdaus berkata, guru boleh menjalanka­n kegiatan kemahiran asas dahulu bersama murid berkeperlu­an khas seperti aktiviti cili fertigasi, membela ikan dan projek inovasi pertukanga­n seperti rumah orkid.

Selain kegiatan itu, beliau berkata, penyertaan dalam pasukan badan beruniform turut membantu murid berkenaan aktif seperti aktiviti pengakap juga mampu mendorong mereka untuk melonjakka­n potensi diri yang memberi banyak manfaat kepada masa depan.

Katanya, potensi di luar akademik yang ada pada pelajar pendidikan khas dapat membantu ibu bapa atau guru untuk menentukan peluang mereka menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang kemahiran.

“Umpamanya, di peringkat menengah kelak, mereka akan didedahkan dengan program kemahiran

 ??  ?? AKTIVITI penanaman sayuran menjadikan murid berkeperlu­an khas kreatif.
AKTIVITI penanaman sayuran menjadikan murid berkeperlu­an khas kreatif.
 ??  ?? SETIAP aktiviti dijalankan perlu kreatif.
SETIAP aktiviti dijalankan perlu kreatif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia