Harian Metro

Fahami dunia kanak-kanak autisme

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Program Little Stars membuka mata masyarakat untuk mengenali dunia sebenar kanak-kanak autisme khususnya pengurusan harian anak istimewa itu.

Little Stars ialah sebahagian tugasan kerja kursus pelajar semester empat program Diploma English Language Study dari Kolej Universiti Islam Antarabang­sa Selangor (KUIS) yang diadakan di Institusi Masalah Pembelajar­an Autisme Malaysia (Impian).

Ketua Pengarah Program Little Star Faris Izzat berkata, ia antara inisiatif untuk mendekati kanak-kanak autistik yang perlu diberikan perhatian masyarakat hari ini.

“Masyarakat sering menganggap kanak-kanak ini sebagai satu bebanan kerana mereka tidak berkelakua­n seperti kanakkanak normal. Apatah lagi anak ini tidak wajar dipinggirk­an.

“Program ini dilihat antara usaha membuka mata masyarakat bahawa kanak-kanak autistik ini mempunyai kelebihann­ya yang tersendiri,” katanya.

Pada masa sama, program itu juga memberi peluang kepada pelajar KUIS untuk mengenali sikap dan menyelami latar belakang kanak-kanak berkenaan.

Program dengan kerjasama pihak SignOn (Bahasa Isyarat Malaysia) itu turut menyediaka­n pelbagai aktiviti antaranya ialah Dance Along, Catch Your Color, Action Speaks Louder Than Words, Sing It!, Mark Your Dream dan Super Paper.

“Melalui aktiviti ini, kami dapat memahami dan menelusuri secara lebih mendalam kehidupan seharian mereka sebagai kanakkanak autistik. Kami turut meyakinkan masyarakat kanakkanak ini mempunyai keistimewa­an tersendiri seperti kanak-kanak biasa,” katanya.

Katanya, program itu turut memberi peluang kepada golongan autistik mengenali diri serta potensi yang ada dalam diri mereka untuk berjaya di luar sana.

“Aktiviti yang dirancangk­an untuk kanak-kanak istimewa ini bertujuan menggilap potensi diri mereka.

“Sudah tentu program ini turut memberi impak besar kepada kanak-kanak autistik dan diri kami sendiri,” katanya.

Program bersama pelajar

KUIS bertujuan

gilap potensi diri

 ??  ?? AKTIVITI menghiburk­an sepanjang program.
AKTIVITI menghiburk­an sepanjang program.
 ??  ?? TERPANCAR kegembiraa­n apabila bersama pelajar KUIS.
TERPANCAR kegembiraa­n apabila bersama pelajar KUIS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia