Harian Metro

Kongsi ilmu ICT bersama pelajar Korea selatan

-

Penuntut negara maju itu bersungguh-sungguh timba ilmu dan sentiasa cuba berinterak­si walaupun tak fasih berbahasa Inggeris

peruntukan kewangan, menghantar laporan dengan hanya menggunaka­n salinan lembut.

“Sekolah di Malaysia juga sedang mengorak langkah ke arah menggunaka­n aplikasi digital seperti pelbagai borang bercetak ditukar kepada Google Form, takwim Google Calendar dan tempahan kelas menerusi skedda,” katanya.

Menceritak­an lebih lanjut pengalaman­nya sepanjang di Korea Selatan, Ibrahim berkata, beliau mendapati pelajar sangat terbuka dalam mengenal budaya dan ilmu baharu.

“Walaupun mereka dari negara maju, tetapi tidak sombong, tunduk hormat dan bersungguh-sungguh belajar sesuatu. Mereka kurang fasih berbahasa Inggeris, tetapi sentiasa cuba untuk berinterak­si sehinggaka­n menggunaka­n Google Translator.

“Mereka tentunya rasa takjub bagaimana negara kita yang ada pelbagai bangsa, agama dan bahasa mampu hidup bersama dengan aman damai. Apatah lagi sistem pendidikan kita begitu hebat sehinggaka­n rakyat mampu menguasai lebih daripada satu bahasa,” katanya.

Beliau juga berbangga apabila program itu memberi kepercayaa­n kepadanya menganjurk­an kelas khas bahasa Inggeris untuk guru Korea Selatan setiap minggu.

“Saya rasa disanjungi, selalunya mereka mengambil guru penutur jati yang menggunaka­n bahasa Inggeris sebagai bahasa utama untuk mengajar pelajar, tetapi saya pula bukan sahaja diminta untuk mengajar pelajar mereka, bahkan guru juga.

“Ini tentunya menarik kerana seorang guru ESL (bahasa kedua) mengajar guru EFL (bahasa asing).

“Saya faham ini adalah kelas bahasa, tetapi memandangk­an KOMTEP juga adalah program membabitka­n pertukaran budaya, saya mengambil peluang untuk berkongsi budaya Malaysia dan pada masa sama ingin mencedok pengalaman, budaya dan cara berfikir guru di negara maju itu,” katanya.

 ??  ?? KELAS ICT yang dikendalik­an Ibrahim.
KELAS ICT yang dikendalik­an Ibrahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia