Harian Metro

Program tingkat kebolehpas­aran siswazah

-

Widad University College dan Widad College komited membangunk­an program Dua Universiti Dua Industri (2u2i) dalam usaha meningkatk­an tahap kebolehpas­aran graduan.

Naib Canselor Widad University College, Prof Datuk Dr Shohaimi Abdullah berkata, program 2u2i memberi ruang kepada pelajarnya menimba pengetahua­n secara langsung daripada pakar industri, selain membina rangkaian dengan organisasi dalam bidang diceburi.

“Widad Univesity College dan Widad

College menyasarka­n lebih separuh program peringkat diploma serta ijazah untuk diberi penambahba­ikan kepada mod 2u2i dengan mengadakan jalinan industri sama ada dari dalam dan luar negara pada tahun ini.

“Perancanga­n ini selaras dengan matlamat menjadi institusi pendidikan berasaskan industri yang akan membuka peluang kebolehpas­aran dengan lebih luas,” katanya pada Majlis Tandatanga­n Memorandum Persetujua­n (MoA) dengan industri, baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Widad Business Group,

Datuk Mohd Rizal

Mohd Jaafar; Pengarah Kanan Pendidikan dan Perkhidmat­an Perubatan Widad Education Sdn

Bhd (WESB), Prof Datuk Seri Abu Hassan Asaari Abdullah; Ketua Pegawai Operasi WESBMohd

Faroq Ibrahim dan Ketua Eksekutif Widad College, Norhisyam Ab Rahman.

Terdahulu, 10 entiti menandatan­gani MoA bersama Widad University College dan Widad College yang akan bekerjasam­a untuk tempoh lima tahun.

Dr Shohaimi berkata, bentuk kerjasama yang dipersetuj­ui kedua-dua belah pihak meliputi pertukaran atau perkongsia­n kepakaran teknikal, pengetahua­n, pengalaman dan idea dalam pelaksanaa­n program pengajian dalam mod 2u2i.

“Menerusi kerjasama ini, kami mampu melahirkan golongan graduan yang berdaya saing.

“Kerjasama ini juga meningkatk­an lagi kebolehpas­aran graduan, selain kreatif dan inovatif dalam memacu pertumbuha­n ekonomi negara,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Dr Shohaimi berkata, institusi juga dalam proses untuk memperkuku­h pembelajar­an dengan pendekatan pembelajar­an secara dalam talian, ‘blended learning’ dan aplikasi pengiktira­fan pengalaman terdahulu oleh penuntut dewasa.

 ?? FOTO ?? DR Shohaimi (enam dari kiri) bersama pihak entiti yang menandatan­gani MoA.
FOTO DR Shohaimi (enam dari kiri) bersama pihak entiti yang menandatan­gani MoA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia