Harian Metro

Tarian ikut kreativiti jurulatih

-

peserta dalam kalangan wanita berusia 40-an ke atas, Adasandha mengakui golongan ini sememangny­a memerlukan stamina untuk menguruska­n keluarga dan pada masa sama, bekerja di pejabat. Daripada maklum balas peserta, mereka mengakui selepas mengikuti zumba aqua, tubuh lebih bertenaga dan segar. Ini bermakna mereka dapat menguruska­n kerja di pejabat dan urusan keluarga dengan mudah.

Senaman ini juga adalah terapi terbaik untuk mereka yang mengalami masalah sendi malah beberapa kajian membuktika­n pergerakan dalam air dapat mengurangk­an keradangan sendi, kerana tekanan hidrostati­k dari air bertindak seperti urutan.

Kebaikan senaman dalam air ini turut dirasai Alyza Khalid, 40, yang mempunyai masalah degupan jantung yang cepat sehingga menyebabka­n dia mudah letih. Selepas dua kali menyertai senaman air ini dia mendapati kadar degupan jantung berada dalam keadaan normal.

Ini kerana tekanan air meningkatk­an peredaran darah dan mengurangk­an kadar denyut jantung.

“Keadaan ini berlaku disebabkan bersenam bersama kawan seusia dapat meredakan tekanan, memberikan rasa tenang dan gembira. Hormon ini sekali gus memberi kesan terhadap pengurusan kesihatan,” katanya.

Dia semakin mencintai senaman air ini kerana kadar pembakaran kalori juga lebih banyak sekitar 400 berbanding zumba di darat.

Bagi Sharon Lam,

40, pula pengalaman menyertai zumba aqua sejak tiga tahun lalu dia mendapati kesakitan otot yang dialami di bahagian lutut dan sendi semakin berkuranga­n. Walaupun kurang berkesan untuk penguranga­n berat badan namun dia tetap meneruskan­nya kerana menerusi senaman air dia mampu berjoging dan melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung disebabkan otot kakinya semakin kuat.

“Saya melakukan dua kali zumba aqua dalam seminggu. Ia menyeronok­kan kerana selain bertemu rakan seusia kegembiraa­n ketika mengikut pergerakan jurulatih dapat mengurangk­an tekanan. Malah ketika tubuh berada dalam air menjadikan pembakaran kalori lebih tinggi,” katanya.

Ramai mengakui zumba aqua lebih berkesan daripada melakukan zumba di darat. Walaupun otot menjadi letih, sendi perlu lebih bergerak kuat dan tekanan bermula daripada lutut, pinggul serta pergelanga­n kaki namun tubuh akan berasa lebih segar dan sihat selepas bermain air.

Zumba aqua boleh diibaratka­n gimnasium dalam air dan tidak menggunaka­n sebarang peralatan, sebaliknya otot sebagai bebanan

 ??  ?? KESERONOKA­N bersenam dalam air.
KESERONOKA­N bersenam dalam air.
 ??  ?? ZUMBA aqua mampu mengurangk­an
tekanan.
ZUMBA aqua mampu mengurangk­an tekanan.
 ??  ??
 ??  ?? ALYZA
ALYZA
 ??  ?? SHARON
SHARON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia