Harian Metro

Tahap kesakitan berbeza pada setiap wanita

-

Rengat disebabkan proses pengecutan rahim untuk kembali ke bentuk asal

Menurut Sarwani, rengat dirasai sejurus selepas melahirkan anak. Ketika itu dia masih di hospital dan doktor terpaksa memberikan ubat penahan sakit bagi mengurangk­an kesakitan. Namun ia hanya bertahan selama empat jam dan selepas itu rasa kontraksi yang teruk di bahagian rahim datang semula. Darah nifas juga keluar lebih banyak dan berketul-betul.

“Oleh kerana sakit yang tidak tertanggun­g saya tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya mengetap bibir apabila rengat datang. Saya turut meminta ubat tambahan namun tidak dibenarkan kerana dikhuatiri dos diterima berlebihan dan ia berbahaya,” katanya yang bersalin anak pertama dan kedua secara normal manakala anak ketiga menerusi pembedahan.

Untuk anak ketiga kesakitan rengat semakin berganda disebabkan bersalin secara pembedahan dan dia perlu menahan sakit sebaik saja ubat bius habis. Bayangkan dengan sakit luka pembedahan ditambah rengat pula. Namun Allah meringanka­n sedikit bebanan apabila dia tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan, bayi juga sihat membuatkan doktor membenarka­n pulang lebih awal.

“Saya berada di hospital selama tiga hari dan doktor memberikan dua jenis ubat penahan sakit berbentuk tablet dan suntikan. Walaupun masih merasai sakitnya, suntikan itu dapat mengurangk­an seketika sebelum rengat datang semula. Mungkin sesetengah wanita mengalami kesakitan seperti senggugut tetapi pada saya ia lebih sakit dan sangat menyeksaka­n,” ujarnya yang terpaksa menyambung pengambila­n ubat tahan sakit ketika di rumah bagi mengurangk­an tekanan.

Menurut Sarwani, dia pernah mendengar orang tua-tua berkata mengenai rengat. Sekiranya anak pertama sakit rengat hanya sekejap, anak kedua akan dirasai selama dua hari manakala anak ketiga selama tiga hari. Semakin ramai anak tempoh rengat itu berlaku lebih lama dan kesakitan lebih kuat.

“Namun ini hanya pandangan orang tua-tua dan tidak dapat dipastikan kesahihann­ya. Cuma saya terfikir bagaimana orang dulu yang mempunyai anak ramai sehingga belasan orang menahan sakit rengat. Sedangkan saya yang merasai rengat selama lebih tiga hari sudah begitu tertekan,” katanya yang bersyukur kerana kesakitan berkenaan hilang selepas seminggu berpantang.

Katanya, berdasarka­n pendapat orang terdahulu rengat terjadi disebabkan proses pengecutan rahim ibu selepas bersalin.

Ada bidan mengatakan ia disebabkan darah tidak habis keluar ketika bersalin. Sebab itu berlaku sakit rengat dan ia adalah proses untuk rahim mengecut dan mengeluark­an semua darah kotor.

Dia yang berpantang di kampung dan dijaga ibu mengakui mengikut amalan berpantang yang betul. Antaranya

 ??  ?? SAKIT rengat dirasai sejurus selepas bersalin. MINTA suami membantu
menguruska­n bayi ketika diserang
rengat.
SAKIT rengat dirasai sejurus selepas bersalin. MINTA suami membantu menguruska­n bayi ketika diserang rengat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia