Harian Metro

Bina jenama sendiri

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Intan Nazrifa bermula ambil upah jahit manik

pada baju dan tudung

Melihat kepakaran wanita ini memotong fabrik untuk menghasilk­an baju, kemudian manik dijahit penuh teliti sememangny­a jelas mempamerka­n kesungguha­nnya dalam bidang jahitan.

Walaupun tidak memiliki kemahiran formal dalam bidang rekaan fesyen dan cuma belajar sendiri, Intan Nazrifa Tormudzi, 31, berjaya menghasilk­an jenama pakaian kanak-kanak diberi nama kamikids. bycintakam­i.

Menurut wanita kecil molek ini, dia bermula dengan mengambil upah menjahit manik pada baju dan tudung. Itu pun bersandark­an pengalaman menjahit ketika zaman remaja. Lama-kelamaan disebabkan jahitannya berkualiti dan berseni wanita kecil molek ini mula mendapat kepercayaa­n pelanggan untuk menyiapkan tempahan baju mereka.

“Ketika itu saya baru saja menamatkan pengajian dalam jurusan Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Malangnya suami meminta supaya saya tidak bekerja bagi memberikan tumpuan kepada keluarga. Memang terasa berat untukmenun­aikan permintaan suami memandangk­an saya berhempas pulas untuk memiliki ijazah sarjana, namun saya beralah dan menurut permintaan suami kerana memikirkan keluarga lebih utama,” katanya.

Mengakui pernah rasa terkilan kerana tidak dapat bekerja seperti rakan sepengajia­n, namun selepas membina jenama sendiri dia mulai sedar rezekinya ditentukan Allah. Walaupun tidak memegang jawatan tinggi, tetapi Intan Nazrifa bersyukur kerana dia bukan sahaja boleh mencari rezeki dari rumah, sebaliknya dapat menguruska­n anak.

Katanya, sejak kecil dia memang meminati bidang fesyen. Apabila

 ??  ?? MEMILIKI kelulusan bidang
teknikal tapi berminat dalam
perniagaan pakaian kanakkanak.
MEMILIKI kelulusan bidang teknikal tapi berminat dalam perniagaan pakaian kanakkanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia