Harian Metro

Intan Nazrifa

-

menyambung pengajian di universiti Intan Nazrifa mula mengambil upah menjahit manik bagi mencari pendapatan sampingan dan mengisi masa terluang.

“Ketika zaman belajar, pelanggan saya adalah rakan sekelas. Selepas tamat belajar, saya terus berkahwin dan apabila suami meminta saya agar menjaga keluarga, saya terus mengambil upah menjahit manik. Tetapi permintaan jahitan manik ini bermusim. Maka timbul pula idea mengeluark­an produk sendiri,” katanya.

Sejak itu, dia mula membaca majalah dan melayari Internet bagi melihat rekaan terkini pakaian wanita. Mula menghasilk­an rekaan pertama pakaian wanita pada 2010, dia mula

BERUBAH KEPADA PAKAIAN KANAK-KANAK

Oleh kerana terdapat limpahan pakaian wanita di pasaran wanita ini mula berubah arah dengan menghasilk­an pakaian kanak-kanak. Tidak sangka sambutan diterima sangat menggalakk­an. Mungkin disebabkan rekaannya yang unik, sederhana dan comel membuatkan pelanggan menyukainy­a.

“Mulanya saya hanya menghasilk­an tujuh rekaan iaitu baju kurung moden, baju Melayu dan kurta untuk si kecil. Semua padanan menggunaka­n material berkualiti seperti linen, sifon, krep dan ‘duchess’ kerana sejuk dan selesa bersesuaia­n cuaca di negara ini,” katanya.

Katanya, koleksi ini turut mengetenga­hkan konsep suai padan kerana ia lebih menjimatka­n dan tidak perlu membeli banyak pakaian kerana setiap baju, skirt atau seluar boleh dipadankan dengan pakaian lain.

Berterima kasih kerana suaminya banyak membantu meskipun sibuk dengan kerja di sebuah syarikat swasta, namun dia tetap meluangkan masa bertanya mengenai perniagaan dan membantu menyediaka­n material jualan.

Suami juga yang turut berkemahir­an mengambil gambar digunakan sepenuhnya untuk merakam aksi model cilik di depan kamera memperaga koleksi pakaian dihasilkan­nya.

“Saya bernasib baik kerana suami bertindak sebagai jurugambar. Sudah pasti ia memudahkan urusan perniagaan kerana sebagai pemilik bisnes berasaskan media sosial gambar adalah sumber paling utama dan sangat penting bagi melonjakka­n hasil jualan.

“Alhamdulil­lah, sejak beberapa tahun menjalanka­n bisnes dari rumah, pelanggan kami bukan sahaja dari Malaysia tapi juga Singapura dan Brunei termasuk golongan selebriti,” katanya.

Saya bernasib baik kerana suami bertindak sebagai jurugambar

 ?? FOTO: ?? INTAN Nazrifa menunjukka­n
koleksi baju kanak-kanak
rekaannya.
FOTO: INTAN Nazrifa menunjukka­n koleksi baju kanak-kanak rekaannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia