Harian Metro

ARENA ‘SAYA MAHU TERUS DI DEPAN’

- AFP

 Fowler catat tujuh di bawah par 64, kukuh kedudukan selaku pendahulu Terbuka Phoenix

Rickie Fowler melakukan lapan birdie bagi mencatat tujuh di bawah par 64 sekali gus mengukuhka­n kedudukann­ya selaku pendahulu golf Terbuka Phoenix dengan kelebihan empat pukulan sebaik tamat pusingan ketiga, awal pagi semalam.

Fowler yang memburu gelaran kelima Jelajah PGA dan pertama sejak menjuarai Honda Classic pada 2017, mencatat keseluruha­n 20 di bawah par 193 di TPC Scottsdale – tempat dia mendahului selepas 54 lubang tahun lalu namun sekadar menamatkan saingan dengan berkongsi kedudukan ke-11.

“Saya sudah mendahului tiga pusingan, jadi kenapa tidak menjadikan­nya sehingga pusingan keempat,” kata Fowler yang hanya sekali muncul juara sepanjang enam kali mendahului selepas 54 lubang.

Fowler berada di depan dengan kelebihan empat pukulan ke atas pemain veteran Amerika Syarikat, Matt Kuchar yang melakukan enam birdie untuk merakam enam di bawah par 65 dan 197 keseluruha­n.

Kuchar, 40, kini memburu gelaran ketiga musim ini selepas mendominas­i saingan Mayakoba Classic dan Terbuka Sony.

“Saya bermain dengan baik. Saya teruja bagi menghadapi pusingan akhir esok (hari ini),” kata Kuchar.

Sementara itu, Justin Thomas yang memulakan hari ketiga dengan ketinggala­n hanya satu pukulan di belakang Fowler melakukan empat birdie di sembilan lubang akhir dengan 68 pukulan yang menyaksika­n dia menduduki tempat ketiga dengan 198.

Dia berkelebih­an dua pukulan di depan pemain Korea Selatan, An Byeong Hun (66) dan pemain Afrika Selatan, Branden Grace (69).

 ??  ?? FOWLER mahu terus mendahului hingga ke pusingan keempat.
FOWLER mahu terus mendahului hingga ke pusingan keempat.
 ??  ?? KUCHAR melakukan enam birdie untuk merakam enam di bawah par 65.
KUCHAR melakukan enam birdie untuk merakam enam di bawah par 65.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia