Harian Metro

Barca hampir diaib

- Reuters

 Jaringan Messi elak kekalahan pertama selepas ikat Valencia 2-2

Sentuhan Lionel Messi menyelamat­kan Barcelona daripada kekalahan pertama selepas merekodkan lapan kemenangan berturut-turut apabila dua jaringanny­a sudah cukup untuk mengikat Valencia 2-2 di laman sendiri, awal pagi semalam.

Valencia dengan cubaan terkena palang pada minit kedua, berada di depan pada minit ke-24 dengan jaringan cantik penyerang Perancis, Kevin Gameiro dan menggandak­an kelebihan dengan penalti Dani Parejo pada minit ke-32.

Messi bagaimanap­un mengurangk­an defisit tujuh minit kemudian dengan jaringan kesembilan berturut-turutnya dalam semua kejohanan menerusi penalti.

Kapten Barca itu kemudianny­a menyamakan kedudukan pada minit ke-64 dengan sepakan lencong dari luar kotak penalti, sekali gus mengelak kekalahan pertama buat pendahulu itu sejak November dan memberikan mereka 50 mata daripada 22 perlawanan.

Messi bagaimanap­un perlu menerima rawatan di tepi padang sejurus jaringan berkenaan tetapi mampu meneruskan permainan hingga tamat.

Jurulatih Ernesto Valverde berkata, pemain Argentina itu mengalami sedikit ketegangan otot, sekali gus mencetus kebimbanga­n sama ada dia boleh bermain pada separuh akhir pertama Piala Raja Sepanyol berdepan Real Madrid, awal pagi Khamis ini.

“Kami perlu menanti sehingga dia menjalani ujian, saya tidak tahu kecederaan­nya, dia rasa tidak selesa. Saya tidak rasa ia sangat teruk tetapi saya tidak boleh beri sebarang maklumat,” kata Valverde.

Skuad kendalian Valverde kini enam mata di depan pencabar terdekat Atletico Madrid, yang berkunjung ke Real Betis dan 11 mata di depan Real Madrid di kedudukan ketiga yang akan menanti kehadiran Alaves.

 ??  ?? MESSI menjaringk­an gol pertama menerusi sepakan penalti.
MESSI menjaringk­an gol pertama menerusi sepakan penalti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia