Harian Metro

Juve longlai

- AFP

 Dua gol Ronaldo gagal bantu kelab atasi Parma

Cristiano Ronaldo meledak dua jaringan, namun Juventus terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila jaringan saat akhir Gervinho memastikan keputusan seri 3-3 selepas Parma mencetus kebangkita­n dalam aksi Serie A awal pagi semalam.

Juventus yang keciciran mata, membolehka­n Napoli merapatkan jurang dengan pendahulu kepada sembilan mata hasil kemenangan 3-0 ke atas Sampdoria.

Keyakinan skuad kendalian Massimilia­no Allegri bagaikan tergugat selepas kekalahan 0-3 kepada Atalanta meranapkan harapan mereka menjulang Coppa Italia untuk musim kelima berturut-turut.

Keputusan seri itu bukanlah jawapan yang dimahukan Allegri menjelang aksi pertama 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid pada 20 Februari.

(gambar)

“Saya gembira dengan jaringan, bukan keputusan itu,” kata Ronaldo.

“Parma tidak melakukan apa-apa yang istimewa, mereka hanya menunggu kami melakukan kesilapan.

“Namun kami tidak bimbang, kami sedar ia musim yang hebat buat Juventus.”

Juve, yang tempang di bahagian pertahanan akibat kecederaan Leonardo Bonucci, Giorgio Chiellini dan Andrea Barzagli, kini bolos enam gol dalam dua perlawanan terakhir mereka.

Namun mereka masih mempunyai kelebihan sembilan mata ke atas Napoli dengan Inter Milan ketinggala­n 20 mata di tempat ketiga.

“Ia tidak mengubah apa-apa, namun kami tidak boleh memandang mudah,” kata Allegri.

“Pertahanan kami terlalu longgar. Ini kali pertama kami menggandin­gkan empat pertahanan

ini.”

 ??  ?? RONALDO sumbang dua gol buat Juve.
ALLEGRI
RONALDO sumbang dua gol buat Juve. ALLEGRI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia