Harian Metro

Gol sulung Fabregas lonjak Monaco

-

Paris: Cesc Fabregas menjaringk­an gol pertamanya sejak menyertai Monaco daripada Chelsea bagi membantu kelab itu melakar kemenangan penting 2-1 ke atas Toulouse dalam saingan Ligue 1, awal pagi semalam.

Pemain antarabang­sa Sepanyol itu ditandatan­gani oleh Thierry Henry pada pertengaha­n Januari lalu, namun bekas rakan sepasukann­ya di Arsenal itu dipecat beberapa minggu kemudian.

(gambar)

Leonard Jardim yang kembali membimbing Monaco selepas dipecat tiga bulan lalu berjaya memberi kemenangan pertama kelab itu di laman sendiri musim ini.

Juara 2017 itu mendahului perlawanan menerusi jaringan pemain antarabang­sa Russia, Alesandr Golovin minit ke-15 hasil gerakan serangan balas yang dimulakan Gelson Martins.

Bagaimanap­un, Christophe­r Jullien berjaya menyamakan kedudukan buat Toulouse empat minit kemudian tetapi Martin membuktika­n yang dia mampu menjadi tonggak apabila membuka ruang untuk Fabregas melakukan jaringan minit ke-62.

“Semua orang tahu mengenai kisah lalu, ia sukar apabila tidak menang di laman sendiri sehinggala­h hari ini.

“Sebab itu, pemain sangat gembira, mereka memberi aksi terbaik,” kata Jardim.

Sementara itu, Mario Balotelli diturunkan buat kali pertama dalam kesebelasa­n utama Marseille sejak menyertai kelab itu daripada Nice tetapi gagal membantu apabila pasukannya tewas 1-2 ke atas Reims.

-AFP

 ??  ?? PASUKAN Monaco meraikan kemenangan ke atas Toulouse,
PASUKAN Monaco meraikan kemenangan ke atas Toulouse,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia