Harian Metro

LIVERPOOL KINI SUKAR DIGUGAT

- Agensi

 Klopp bakal akhiri kemarau 29 tahun The Reds julang trofi EPL

Liverpool

Tahap keterujaan semakin meningkat saban minggu, apabila Liverpool kekal di tangga teratas Liga Perdana Inggeris, yang kini dikendalik­an seorang pengurus Jerman yang mampu mengetepik­an sebarang tekanan.

Tiada siapa perlu memberitah­u Juergen Klopp

bahawa kali terakhir Liverpool bergelar juara England adalah pada 29 tahun lalu dan betapa bermaknany­a bagi kelab dan peminat mengakhiri penantian itu.

Penantian itu membawa kepada betapa pentingnya setiap keputusan, baik atau buruk. Malah, keputusan seri 1-1 dengan Leicester City minggu lalu dilihat bagai peluang yang gagal direbut, 24 jam selepas Manchester City mengalami kekalahan mengejut kepada Newcastle.

Jadi mereka mencatat kelebihan lima mata ke atas City dan bukannya tujuh, menjelang minggu penting dalam perburuan gelaran.

City melayan Arsenal di laman sendiri sebelum berkunjung ke Everton pada awal pagi Khamis. Di antara dua perlawanan itu, Reds berkunjung ke West Ham awal pagi esok, justeru apa yang bakal berlaku dalam tempoh tiga bulan boleh ditentukan dalam tempoh tiga hari.

Bagaimanap­un, Klopp bukanlah orang yang bergantung terhadap kebarangka­lian, malah menggunaka­n logik dan pemikiran Jerman untuk meraih keyakinan terhadap apa yang dilakukan di Anfield dan bagaimana beliau mencatat kejayaan di Borussian Dortmund.

Situasi itu mungkin membantu ketika tekanan semakin memuncak dan kemungkina­n menjulang gelaran pertama sejak 1990 semakin hampir.

“Saya bukan seorang yang gemuruh dan saya tidak pernah gemuruh sebelum kami menjulang gelaran pertama di Dortmund,” katanya.

“Itulah situasinya. Pengalaman mengajar saya apa yang saya lakukan pada masa lalu menjadi jadi saya tidak mengubahny­a.

“Satu perkara yang saya tahu adalah melakukan perkara yang betul sekerap mungkin, sentiasa fokus dengan cara sendiri dan jangan memikirkan perkara lain, hanya lakukan sebanyak dan sebaik mungkin.

“Jika ia cukup bagus, ia akan menjadi. Jika tidak, ia takkan menjadi.

Mudah saja. Itu alat untuk menangani situasi dalam bola sepak.

 ??  ?? KLOPP miliki barisan pemain terbaik untuk julang EPL musim ini.
KLOPP miliki barisan pemain terbaik untuk julang EPL musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia