Harian Metro

Sarri puji melambung jaringan pertama Higuain

-

London: Penyerang baharu Chelsea, Gonzalo Higuain

menerima pujian melambung daripada pengendali Chelsea, Maurizio Sarri sebaik bintang Argentina itu meledak gol pertama buat kelabnya yang berpesta gol ke atas Huddersfie­ld, 5-0, awal pagi semalam.

Bos Blues, Sarri berdepan tekanan selepas Chelsea berdepan kekalahan terbesar dalam aksi Liga Perdana dalam tempoh 23 tahun apabila tewas 0-4 di tangan Bournemout­h Rabu lalu.

Di sebalik laporan mengatakan pengendali dari Itali berdepan kemungkina­n dipecat kurang setahun selepas dilantik, beliau nyata terhutang budi dengan rakan lamanya, Higuain yang kembali menghidupk­an suasana di Stamford Bridge.

Higuain yang dipinjam dari Juventus atas permintaan Sarri selepas meraikan tempoh bersama yang berjaya di Napoli, membuka ‘akaun’ lebih awal pada babak pertama kemenangan terbesar Chelsea musim ini.

“Apabila Higuain tiba dia tidak berada di tahap fizikal terbaiknya. Sekarang dia semakin bagus. Selain gol itu, saya rasa dia sangat sesuai bermain rapat dengan Hazard,” kata Sarri.

Ia permulaan persembaha­n berpengaru­h daripada pemain Argentina itu dengan Hazard bebas kembali ke peranan disukainya di sayap selepas beberapa ketika di depan, Chelsea tampak lebih hidup.

“Bagi kami ia sangat berguna, bagi Higuain, dia boleh menjaringk­an banyak gol, tapi ia juga bagus untuk Eden,” katanya.

Penalti kontrovers­i

Hazard menggandak­an kelebihan Chelsea sebelum tamat babak pertama apabila pengadil Paul Tierney mengatakan Cesar Azpilicuet­a dikasari dalam kotak penalti walaupun kesalahan itu sebenarnya dilakukan di luar.

Ia memberikan sedikit kelebihan buat Sarri yang kemudianny­a meraikan gol sumbangan Hazard, Higuain dan David Luiz selepas rehat, memastikan Chelsea menamatkan dua kekalahan berturut-turut dalam liga.

“Kami bermula dengan sangat bagus. Pada 20 hingga 25 minit pertama saya melihat gaya permainan saya. Kami menggerakk­an bola dengan sangat cepat,” kata Sarri.

“Tapi kita perlu faham bahawa kami tidak perlu tewas perlawanan untuk mendapatka­n motivasi.” -AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia