Harian Metro

Pengurusan Keselamata­n UIAM menang bergaya

- Mohd Rafi Mamat sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Pasukan Pejabat Pengurusan Keselamata­n seperti diramal muncul juara kategori berpasukan Pertanding­an Bowling Program Ukhuwah Pejabat Pengarah Kampus Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan di Sports Centre, di sini, baru-baru ini.

Pertanding­an pembuka tirai tahun ini dianjurkan Bahagian Jabatan Pembanguna­n Sukan UIAM Kampus Kuantan membabitka­n penyertaan 14 pasukan yang mewakili jabatan di pusat pengajian tinggi berkenaan.

Ketua pasukan Pejabat Pengurusan Keselamata­n Azrivishen Abdul Aziz berkata, pengalaman pemain menjadi kelebihan kepada pasukannya dinobatkan sebagai juara musim pertama pertanding­an kali ini.

Katanya, pemain menjalani latihan secara berterusan dalam usaha untuk memberi persembaha­n terbaik dan berkualiti seterusnya mampu menjulang kejuaraan walaupun mendapat tentangan sengit lawan.

Menurutnya, gandingan mantap pemain Arman Abdul Wahab, Hasmida Che Abdullah dan Murimazni Hassan memberi hasil membanggak­an apabila mampu melakukan balingan yang baik sepanjang permainan.

“Saya berpuas hati dengan semangat serta kesungguha­n yang ditunjukka­n pemain sepanjang pertanding­an, banyak balingan sempurna dilakukan mereka walaupun sebelum ini agak sukar untuk dilakukan.

“Kejayaan yang dilakar menjadi pembakar semangat kepada pemain untuk mengulangi­nya pada pertanding­an akan datang yang dijangka lebih mencabar dan sengit,” katanya.

Dalam kategori individu johan berpihak kepada Mohd Ariffin Ghazali, naib johan Abdul Ghani Abd Rahman, ketiga Termizi Ahmad dan keempat Mohd Danial Jamaluddin.

Pemenang setiap kategori menerima hadiah wang tunai dan barangan elektrik yang disampaika­n Pengarah (Pentadbira­n) UIAM Kampus Kuantan, Azmi Ismail.

Jurucakap penganjur Muhamad Ariffzulfi­tri Abu Kasim berkata, pertanding­an yang diadakan antara lain bertujuan untuk mengeratka­n lagi hubungan dikalangan kakitangan Pejabat Pengarah Kampus UIAM Kampus Kuantan.

Selain itu, katanya, ia juga menjadi aktiviti riadah yang dapat mencungkil bakat dalam kalangan pemain seterusnya membuka peluang untuk mewakili UIAM Kampus Kuantan di peringkat universiti kebangsaan.

 ??  ?? PEMAIN Pasukan Pejabat Pengurusan Keselamata­n muncul juara Pertanding­an Bowling Program Ukhuwah Pejabat Pengarah Kampus UIAM Kampus Kuantan.
PEMAIN Pasukan Pejabat Pengurusan Keselamata­n muncul juara Pertanding­an Bowling Program Ukhuwah Pejabat Pengarah Kampus UIAM Kampus Kuantan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia