Harian Metro

Vietnam FC handal

- Ahmad Rabiul Zulkifli sukanteam@nstp.com.my

 Tewaskan Uruguay FC dalam aksi bola sepak berkaki ayam PKBM

Vietnam FC muncul juara Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Tanpa Kasut Musim Tengkujuh Pertubuhan Kebajikan Bumiputera Malaysia (PKBM) di Kampung Langkap, baru-baru ini selepas menundukka­n Uruguay FC dengan jaringan 2-1.

Manakala Jerman FC menang tipis keatas Poland FC dengan jaringan 1-0, sekaligus berada di tempat ketiga. Ketua pasukan Vietnam FC, Sayuti Mohammad, 51, berkata, pasukannya membuat persediaan seminggu sebelum kejohanan untuk memastikan semua pemain memperoleh­i rentak bermain tanpa mengenakan kasut.

“Kali terakhir bermain bola secara berkaki ayam adalah ketika zaman persekolah­an dulu justeru memang memerlukan sedikit masa untuk menyesuaik­an diri.

“Alhamdulil­lah, selepas seminggu berlatih bermain bola berkaki ayam, semua pemain boleh menyesuaik­an diri biarpun kerap terjatuh kerana permukaan padang basah dan licin. “Memang kami tidak menjangka boleh menang kerana ada pasukan yang bertanding lebih berpengala­man dan dibarisi pemain berbakat,” katanya.

Tambahnya, kejohanan itu pertama kali disertainy­a dan mengimbau kenangan ketika di alam persekolah­an.

“Masa sekolah dulu mana ada duit untuk membeli kasut bola justeru bermain bola tanpa memakai kasut sudah menjadi asam garam kebanyakka­n anak kampung.

“Memang mencabar bermain bola tanpa memakai kasut dan terdedah dengan kecederaan namun ia sangat menyeronok­kan,” katanya.

Pada kejohanan itu, Sayuti Mohammad,47, dinobatkan sebagai pemain veteran terbaik, manakala Anuar Ismail, 34, penjaring terbanyak dengan jumlah enam gol.

 ??  ?? PEMAIN Vietnam FC dan Uruguay FC bergambar sebelum perlawanan akhir.
PEMAIN Vietnam FC dan Uruguay FC bergambar sebelum perlawanan akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia