Harian Metro

Sedia disiasat

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

“Saya hormat MHC (Konfederas­i Hoki Malaysia), jadi saya akan hadir.”

Demikian kata ketua jurulatih Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Arul Selvaraj yang berjanji untuk hadir pada sesi siasatan Lembaga Disiplin MHC pada 9 Februari ini susulan kenyataann­ya mengkritik Liga Hoki Malaysia (LHM) di media baru-baru ini.

Jelas Arul, beliau menyerahka­n segala-galanya kepada MHC untuk menentukan nasibnya.

“Saya hanya mahu memohon maaf dan menyelesai­kan isu ini secara baik. Jika saya tetap mahu mempertaha­nkan diri, ia nampak saya masih berdegil.

“Jadi saya tak mahu panjangkan isu ini kerana saya mahu terus beri fokus kepada saingan liga,” kata bekas penolong jurulatih kebangsaan itu ketika dihubungi semalam.

Pemain Nur Insafi, Jiwa Mohan juga bersedia hadir ke sesi itu untuk menjelaska­n apa yang sebenarnya berlaku. “Saya tahu tanggungja­wab saya dan atas sebab itu saya akan hadir ke sesi siasatan itu.

“Saya mahu menjelaska­n segala-galanya,” katanya.

Jiwa sebelum ini tidak hadir pada sesi pendengara­n Jawatankua­sa Teknikal MHC kerana tidak dimaklumka­n oleh pengurusny­a, Dr Thaitchana Muruhti sebelum kesnya itu dirujuk kepada Lembaga Disiplin.

“Jika saya tahu mengenai sesi itu sudah tentu saya datang. Saya adalah seorang profesiona­l dan jika tidak dapat hadir sudah tentu saya akan beritahu,” katanya.

Arul dalam kenyataann­ya sebelum ini menyatakan LHM mungkin akan ‘tutup kedai’ andai tiada suntikan elemen baharu dan sesuatu perlu dilakukan untuk menghidupk­an kembali liga domestik itu.

Dalam artikel itu, Arul turut berkata beliau sudah pun mengemukak­an cadangan kepada MHC bagaimana untuk memeriahka­n kembali saingan liga tetapi tidak mendapat maklum balas dari badan induk itu.

Beliau juga berkata tempoh saingan liga selama tiga bulan adalah singkat dan perlu dipanjangk­an kepada lapan bulan seperti di Eropah.

Jiwa Mohan pula menyatakan penurunan drastik pasukan yang beraksi di LHM sekali gus turut menerima nasib sama seperti Arul.

 Arul,

Jiwa Mohan sedia hadir ke Lembaga Disiplin MHC

 ??  ?? ARUL
ARUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia