Harian Metro

UniKL komited raih kejuaraan Liga Hoki Malaysia

-

Penyerang Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin percaya takhta kejuaraan liga semakin hampir dimiliki oleh mereka selepas menewaskan juara bertahan Liga Perdana, TNB Liga Hoki Malaysia, Pasukan Hoki Terengganu (THT) 3-1 semalam.

Jelas bekas pemain kebangsaan itu, apa yang perlu dilakukan olehnya serta rakan sepasukan adalah untuk kekal fokus pada baki perlawanan selepas ini.

“Tempo perlawanan hari ini (semalam) sangat pantas dan memenatkan. Pasukan yang ambil peluang dengan baik keluar sebagai pemenang.

“Kami memang cuba untuk memanfaatk­an semua peluang dengan sebaik-baiknnya.

“Apapun kemenangan ini sangat penting. Kami akan pastikan kejuaraan liga musim ini milik UniKL,” katanya. Selepas tujuh perlawanan, UniKL menduduki tangga teratas liga dengan 19 mata diikuti TNB (18) dan THT ketiga (13).

Tonggak import, Robbert Kemperman meletakkan UniKL di depan pada minit ke-8 menerusi pukulan reverse stick. THT berpeluang untuk menyamakan kedudukan selepas itu tetapi dua pukulan sudut penalti yang diperoleh oleh mereka disia-siakan begitu saja.

Skuad bimbingan I Vikneswara­n dilihat begitu bersungguh-sungguh pada suku ketiga dan keempat dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan minit ke-48 menerusi pukulan sudut penalti pemain import dari Korea Selatan, Jan Jonghyun.

Namun kedudukan itu tidak bertahan lama selepas Muhamad Hafiz Zainol menguis cantik masuk ke gawang lawan menerusi satu serangan pantas seminit kemudian.

Penyerang UniKL, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin mengukuhka­n kedudukan apabila menjaringk­an gol hasil gol padang minit ke-54.

 ??  ?? AKSI Pemain UniKL, Izwan Firdaus (kiri) dalam saingan terdahulu.
AKSI Pemain UniKL, Izwan Firdaus (kiri) dalam saingan terdahulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia