Harian Metro

Tahap skil Zii Jia perlu diasah

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Perlu diasah lagi agar ia lebih tajam seperti pisau, itu pandangan yang diberikan bekas pemain perseorang­an lelaki negara, Ong Ewe Hock mengenai peningkata­n prestasi Lee Zii Jia.

Menurut Ewe Hock, Zii Jia yang sekarang ini menduduki ranking nombor satu negara, masih lagi dalam proses pembelajar­an walaupun berjaya mempamerka­n aksi konsisten dari 2018 hingga awal tahun ini.

“Dia harus meningkatk­an lagi prestasi agar menjadi seorang pemain yang mempunyai tahap 10 terbaik dunia. Sekarang dia masih lagi berada dalam kalangan 20 terbaik dunia,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Ewe Hock yang pernah merangkul gelaran Terbuka Malaysia 1996 dan 2001, berharap agar Zii Jia terus bekerja kuat dan paling penting mempersiap­kan diri dari aspek kekuatan mental.

“Dia masih muda dan perlu sedar kepentinga­n kekuatan mental, tidak boleh sekejap beraksi dengan baik, selepas itu kurang baik. Dari segi taktikal juga harus dipertingk­atkan dan setakat ini dia masih belum matang. Kita boleh nampak sendiri dari mata kasar.

“Permainann­ya harus terus digilap, seperti pisau jika kita tidak asah memang tidak akan tajam. Menjadi pemain perseorang­an nombor satu negara harus memiliki pakej lengkap baik dari fizikal mahupun mental,” kata Ewe Hock. Zii Jia sekarang ini menduduki ranking ke-28 dunia, satu anak tangga mengatasi Liew Daren, manakala Datuk Lee Chong Wei pula menghuni kedudukan ke-31.

 ??  ?? ZII Jia
ZII Jia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia