Harian Metro

Tak boleh beri muka

- Wan Asrudi Wan Hasan dan Firdaus Hashim wanasr@hmetro.com.my

 FAM ambil tindakan drastik termasuk gantung lesen pasukan

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengkaji semula kedudukan kelab atau pasukan yang berhutang sekali gus menjejaska­n penyertaan mereka dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) untuk musim 2020.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Michael Ramalingam berkata, tindakan itu bagi memastikan isu tunggakan gaji dipandang serius oleh pengurusan dan pentadbira­n pasukan terbabit.

“Kami boleh menggantun­g lesen pasukan berkenaan untuk liga 2020 kalau kelab itu masih berhutang.

“Pemeriksaa­n meluluskan lesen untuk beraksi dalam Liga M dibuat tahun ini dan akan berakhir Jun depan.

“Jadi dalam tempoh Januari hingga Jun pihak kami akan membuat kajian mengambil kira aspek tertentu membabitka­n semua kelab atau pasukan berkenaan.

“Kita perlu ambil tindakan drastik demi memastikan kestabilan pengurusan kelab atau pasukan yang bermasalah ini dalam Liga M,” katanya kepada Arena Metro.

Semalam, akhbar ini melaporkan masalah tunggakan gaji dalam kancah bola sepak negara ibarat ‘barah tahap empat’ apabila hutang lapan pasukan terhadap pemain mencecah hampir RM8.32 juta setakat musim lalu.

Pasukan terbabit ialah FELDA United, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Kuantan FA, Terengganu City FC (TCFC), Hanelang FC dan Marcerra United.

Kuantan FA, TCFC, Hanelang dan Marcerra sudah digugur daripada Liga M, FELDA masih beraksi di Liga Super, manakala Pulau Pinang, Perlis dan Kelantan bermain di Liga Perdana.

Menurut Stuart, pihaknya akan mengkaji dari pelbagai aspek terutama perancanga­n dan kemampuan pasukan bermasalah untuk membayar tunggakan gaji.

“Kita kena tengok semula kalau pasukan itu ada perancanga­n nak bayar, cara macam mana dia nak bayar dan jelaskan hutang.

“Contohnya, kita beli rumah atau kereta kadang-kadang kitapun berhutang pada bank tapi asalkan kita ada pendapatan yang masuk sebagai gaji atau cara macam mana hendak membayar hutang berkenaan kita rasa isu hutang ini dapat diatasi.

“Justeru kalau ada pasukan yang berhutang itu bukan masalah. Isunya ada pelan nak bayar macam mana sahaja.

“Daripada sana kita kena kaji semula pelan perniagaan setiap pasukan untuk kami pastikan setiap pasukan ini ada pelan perniagaan yang kukuh dan kuat,” katanya.

Stuart berkata, tidak cukup dengan itu FAM bersama MFL turut mengkaji pengurusan ekonomi yang dilaksanak­an di La Liga dan mungkin mempunyai sedikit kaitan dengan Liga M dan boleh diguna pakai kaedahnya.

“Di La Liga juga hampir sama dengan Liga M di mana ada satu dua pasukan yang stabil dalam aspek kewangan dan ada beberapa pasukan kurang stabil,” katanya.

 ?? Stuart ?? Kami boleh mengantung lesen pasukan berkenaan untuk liga 2020 kalau kelab itu masih berhutang. Pemeriksaa­n meluluskan lesen untuk beraksi dalam Liga M dibuat tahun ini dan akan berakhir
Jun depan” LAPORAN Metro Ahad, semalam. STUART kaji pasukan berhutang sebelum liga 2020 bermula.
Stuart Kami boleh mengantung lesen pasukan berkenaan untuk liga 2020 kalau kelab itu masih berhutang. Pemeriksaa­n meluluskan lesen untuk beraksi dalam Liga M dibuat tahun ini dan akan berakhir Jun depan” LAPORAN Metro Ahad, semalam. STUART kaji pasukan berhutang sebelum liga 2020 bermula.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia