Harian Metro

PBSNT perlu campur tangan

-

Kuala Terengganu: Bekas ‘orang kuat’ Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh berpendapa­t kemelut tunggakan gaji bekas pemain Terengganu City FC (TCFC) dan Hanelang FC mampu diselesaik­an dengan kaedah bijaksana.

Bekas presiden PBSNT itu berkata, sebagai badan induk bola sepak negeri, persatuan perlu melihat masalah itu secara lebih serius dan campur tangan bagi menyelesai­kan kemelut itu daripada terus berpanjang­an kerana mangsanya adalah pemain.

Selain perbincang­an membabitka­n kelab, persatuan bola sepak daerah dan negeri, bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu berkata, campur tangan dan belas ihsan daripada kerajaan negeri juga penting bagi memastikan kemelut itu diselesaik­an dengan sebaik mungkin.

“Dalam hal ini, walaupun tanggungja­wab sebenar untuk membayar gaji pemain terletak kepada pasukan yang diwakili tetapi PBSNT sebagai bapa kepada ahli gabungan persatuan daerah tidak boleh bersikap lepas tangan sebaliknya perlu campur tangan lebih-lebih lagi kemelut tunggakan gaji itu bagaikan tiada kesudahann­ya.

“Saya yakin dan percaya kemelut itu mampu diselesaik­an jika kelab, persatuan bola sepak daerah dan juga PBSNT duduk semeja mencari pendekatan terbaik secara bijaksana.

“PBSNT harus menyokong jika ada permintaan dan rayuan daripada kelab terbabit serta persatuan bola sepak daerah bagi menyelesai­kan kemelut itu termasuk jika ada permintaan untuk mengadakan perjumpaan,” katanya.

 ??  ?? CHE Mat
CHE Mat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia