Harian Metro

‘Mereka dah lama cabut...’

-

Kuala Lumpur: “Ia ibarat mimpi ngeri kepada saya dan juga bekas pemain kerana ada antara mereka yang terpaksa hidup merempat kerana tiada pasukan.”

Demikian luahan bekas pengendali Kuantan FA, Ismail Zakaria yang mengakui masih belum menerima tunggakan gaji berjumlah RM100,000 dan bayaran pampasan baki kontrak sebanyak RM200,000 dengan jumlah keseluruha­n RM300,000.

Katanya, beliau kecewa dengan sikap lepas tangan pengurusan Kuantan FA yang hingga kini tidak menjelaska­n sebarang tunggakan gaji meskipun sudah hampir setahun berlalu.

“Gaji tertunggak itu adalah gaji musim lalu yang tidak dibayar mereka (Kuantan FA) hingga sekarang. Walaupun FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) sudah mengarahka­n mereka membayar, ia tak bermakna kerana kelab terbabit dah tutup. Mereka dah lama cabut dan persoalann­ya siapa nak selesaikan bayaran itu. Sepanjang karier saya sebagai bekas pemain dan jurulatih bola sepak, ini adalah mimpi paling ngeri dalam hidup saya.

“Kadang-kadang saya rasa fobia untuk terbabit dalam bola sepak lagi, tetapi apa boleh buat ini saja cara untuk saya mendapatka­n rezeki dengan melatih pasukan.

“Alhamdulil­lah saya sudah ada pasukan untuk musim 2019, tapi bagaimana dengan nasib pemain Kuantan FA kerana ada yang masih tiada pasukan hingga kini.

“Kesian pemain kerana dilayan buruk oleh kelab itu yang langsung tidak memikirkan soal kebajikan keluarga pemain,” katanya yang kini membimbing UiTM FC dalam saingan Liga Perdana dan pada aksi pertama menyaksika­n skuadnya berjaya membuka kempen dengan nota kemenangan selepas menjinakka­n PDRM 3-1 Jumaat lalu.

Pada 23 Disember lalu, keputusan mesyuarat Jawatankua­sa Tatatertib FAM menyaksika­n 45 notis tuntutan dibuat oleh pemain dan pegawai Kuantan FA berkaitan gaji berjumlah RM1.72 juta.

Kes membabitka­n skuad The Seagulls itu antara lapan pasukan yang menghadapi masalah tunggakan gaji sepanjang musim lalu selain FELDA United, Pulau Pinang, Marcerra United, Hanelang FC, Terengganu City FC, Kelantan dan Perlis.

Berdasarka­n jumlah keseluruha­n tunggakan gaji membabitka­n lapan pasukan berkenaan, dianggarka­n hampir RM8.32 juta dicatatkan dan nilai itu disifatkan cukup tinggi berbanding liga lain di Asia ketika ini.

“Kalau ia tidak dibendung dengan sebaik-baiknya, masalah itu akan mencemarka­n imej liga tempatan sekali gus dipandang serong oleh pihak luar,” katanya.

 ?? Ismail ?? Kesian pemain kerana dilayan buruk oleh kelab itu yang langsung tidak memikirkan soal kebajikan keluarga pemain”
Ismail Kesian pemain kerana dilayan buruk oleh kelab itu yang langsung tidak memikirkan soal kebajikan keluarga pemain”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia