Harian Metro

Jelius kecewa aksi layu anak buahnya ‘KAMI PATUT DAPAT PENALTI’

- Shamsul Kamal Amarudin shaka@nstp.com.my

Kota Kinabalu: Pengendali Sabah, Jelius Ating kecewa aksi layu anak buahnya pada babak kedua menyebabka­n pasukan itu kecundang 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim II (JDTII) di Stadium Likas, kelmarin.

Katanya, mereka memulakan permainan dengan baik sehingga berjaya mendahului lawan, namun prestasi turun secara mendadak di babak berikut.

“Kami menguasai permainan di separuh masa pertama sehingga JDTII langsung tidak memiliki ruang dan peluang selain berjaya menghasilk­an gol.

“Bagaimanap­un, semuanya berubah di separuh masa kedua. Pemain tidak mampu mempertaha­nkan kedudukan dan melepaskan beberapa peluang. Ini semua kerana sikap (tidak bersungguh-sungguh) dan akhirnya pihak lawan menang perlawanan ini,” katanya, semalam.

Jelius berkata, pemain perlu segera mengubah sikap sekiranya tidak mahu terus kecewa pada aksi seterusnya.

“Memang agak kecewa, namun saya terima kekalahan dan kini perlu memandang ke hadapan serta melakukan sesuatu supaya mampu bangkit pada perlawanan akan datang,” katanya.

Aksi kelmarin menyaksika­n skuad Tambadau mendahului hasil jaringan pemain import baharu mereka, Luka Milunovic pada minit ke-13.

Bagaimanap­un, JDTII berjaya meledak dua gol di separuh masa kedua hasil tandukan Mohamad Ghaddar pada minit ke-62 dan sepakan percuma Rozaimi Abd Rahman pada minit ke-83.

Manjong

“Kami patut dapat penalti. Jika ada VAR (video bantuan pengadil), mungkin bola yang melantun kena tangan pemain Kedah, penyokong semua boleh lihat, cuma kita dinafikan (peluang mengubah keputusan perlawanan).”

Itu rungutan pengendali Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC, Abu Bakar Fadzim yang terkilan dengan beberapa keputusan pengadil selepas pasukan tuan rumah tumpas 0-2 di tangan Kedah, malam kelmarin.

Beliau merujuk kepada aksi minit ke-78 ketika keadaan kelam kabut di dalam kotak penalti lawan menyaksika­n rembatan Yashir Pinto dikatakan terkena tangan pemain Kedah.

Pemain PKNP nyata tidak berpuas hati apabila tidak mendapat sepakan penalti sehingga mengerumun­i pembantu pengadil, manakala penye-

 Pengendali PKNP ulas isu kekalahan pasukannya kelmarin

rang tuan rumah, Mohd Hafiz Kamal dilayangka­n kad kuning kerana membantah pengadil perlawanan.

Justeru, beliau akan membuat aduan rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) terhadap beberapa keputusan pengadil yang dianggap tidak tepat sehingga merencatka­n semangat anak didiknya.

“Kekalahan saya boleh terima, ia sebahagian rencam dalam bola sepak. Cuma kami bermain di tempat sendiri dan dinafikan peluang dengan beberapa keputusan pe-

 ??  ??
 ?? Abu Bakar ?? Kekalahan saya boleh terima, ia sebahagian rencam dalam
bola sepak
Abu Bakar Kekalahan saya boleh terima, ia sebahagian rencam dalam bola sepak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia