Harian Metro

‘Ampun ibu...’

-

Kota Kinabalu: Seorang penagih berkali-kali memohon ampun kepada ibunya selepas dia ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah di kediaman keluargany­a di Kampung Unggun Jaya, Manggatal, di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 34 tahun itu antara 22 individu yang ditahan dalam Op Perdana bermula jam 4.30 petang, 1 Februari sehingga 5.20 pagi kelmarin.

Difahamkan, ketika operasi dijalankan di kediaman keluargany­a, suspek dikatakan tidur dan terkejut apabila menyedari kehadiran sepasukan penguat kuasa AADK Sabah.

Ketika disoal, dia mengaku baru sahaja mengambil dadah syabu dan ibu suspek kemudian menangis dan memohon supaya anaknya dilepaskan.

Anggota penguat kuasa kemudian menenangka­n ibunya dan pada masa yang sama suspek berkali-kali memohon maaf dan meminta isteri menjaga ibunya.

Suasana sayu apabila suspek yang hendak dibawa keluar mencium tangan dan dahi ibunya sebelum memohon maaf.

Penolong Pengarah Penguatkua­saan AADK Sabah, Joannes Yabin berkata, suspek berusia 32 tahun itu dikehendak­i kerana terbabit dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah namun setiap kali serbuan, suspek tiada di rumah.

“Dalam Op Cegah, lelaki itu disenaraik­an tetapi setiap kali serbuan di rumah, dia tiada.

“Suspek dipercayai mula menagih dadah sejak 10 tahun lalu,” katanya.

Joannes berkata, lelaki itu adalah antara 22 individu ditahan selepas didapati positif dadah dalam Op Perdana di sekitar bandar raya ini.

“Dalam operasi itu, seramai 33 ditahan dan ujian saringan air kencing mendapati 22 lelaki berusia 16 hingga 60 tahun didapati positif dadah jenis syabu dan ganja,” katanya.

 ??  ?? ANTARA individu yang ditahan anggota AADK.
ANTARA individu yang ditahan anggota AADK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia